Salam and Hello. The below article is not written by me but has been in my collection for many years. Just want to share, and thanks to the writer for sharing it.
Warisan Yang Dilupakan
Date: Mon, 04 Jan 1999 10:35:45 +0800 From: MFTC mftotape@ms16.hinet.net
Kehidupan diperantauan mendorong aku mencatatkan pengalaman ini. Kata-kata "Tuntutlah Ilmu Walau Ke Negeri China" telah menjadi kata-kata hikmat yang dituturkan dari satu generasi ke satu generasi, terutama oleh golongan tua kepada golongan muda.
Kata-kata ini telah diucapkan dari dahulu hinggalah sekarang. Walaupun ianya telah diucapkan sekian lama, adalah dipercayai masih belum ada jawapan tepat yang dirakamkan untuk dijadikan renungan dan kajian. Pernah satu ketika semasa aku di Republic of China (ROC), aku melihat-lihat sekeliling ku dan bertanya sendiri "Apakah istimewanya negera ini sehingga timbul kata-kata tersebut"?
Jika dilihat dari sudut sejarah, Tanah Melayu pada satu ketika dahulu mempunyai hubungan yang rapat dengan China terutama dari segi perdagangan. Faktor perdagangan inilah yang mendekatkan negara China dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Malah melalui perdagangan juga Islam tersebar dan berkembang ke tanah Melayu.
Sepertimana yang kita ketahui bahawa China merupakan negara awal yang menerima Islam berbanding negeri Tanah Melayu. Ini bermakna pedagang-pedagang Melayu yang pernah ke China saja yang dapat memberikan makna tepat kepada kata-kata tersebut. Masyarakat Melayu silam, kaya dengan kata-kata kiasan. Kata-kata ini dihasilkan oleh orang-orang dahulu yang tinggi ilmunya untuk dijadikan renungan. Malangnya kata-kata tersebut terbiar begitu saja tanpa ada yang menaruh minat untuk mengumpul dan mencari makna tersirat disebaliknya.
Nilai ilmu orang-orang Islam yang berbangsakan Melayu adalah tinggi, dan oleh kerana itulah ilmu tersebut tidak banyak dibukukan, kerana ianya membicarakan hal-hal sulit. Walaupun ada, ianya sekadar menjadi warisan untuk rujukan dikalangan terdekat dan juga ahli keluarga. Ini berbeza dengan bangsa-bangsa lain yang melibatkan diri dalam satu-satu bidang, melakukan penyelidikan seterusnya dijadikan sebuah buku untuk asas rujukan dan ada pula untuk tujuan komersial.
Istilah "Warisan" mempunyai pengertian penting pada ku. Iaitu untuk menegaskan inilah pakaian orang-orang Islam dizaman kegemilangan dahulu yang telah dapat diwarisi oleh orang-orang tua kita. Aku katakan pakaian orang-orang Islam kerana warisan ini secara tersurat dan tersirat ada disebut di dalam Al Quran untuk dijadikan pegangan dan amalan umat Islam.
Malangnya warisan yang berharga ini dilupakan begitu saja dan hilang ditelan zaman. Warisan ini penting kerana ia memainkan peranan besar dalam hal-hal kejiwaan, kerohanian, perubatan (kesihatan), ilmu teknologi, ekonomi, politik, social, seni mempertahankan diri dan banyak lagi.
Warisan ini menjadi daya penarik kepada orang-orang barat untuk turut memberikan perhatian kepada negara China didalam kajian-kajian dan penyelidikan mereka. Perlu diingat bahawa sejarah perubatan di negara China telah wujud sejak 2000 tahun yang lampau sedangkan di Barat ianya baru berusia lebih kurang dua ratus tahun lamanya. Oleh itu minat orang barat kepada negara China untuk tujuan menjalankan penyelidikan perlu diambil iktibar oleh masyarakat kita yang cintakan ilmu.
Apakah dia warisan tersebut?
Pada masyarakat China ianya dinama "Chi Kong/QiGong". "Chi" bermaksud angin manakala "Kong" bermaksud tenaga. Chi Kong dikatakan telah wujud dikalangan masyarakat China sejak ribuan tahun lamanya.
Mengikut penjelasan yang diberikan oleh seorang Master "Chi Kong" yang ku kenali semasa di ROC, tiap-tiap orang mempunyai 'tenaga angin' atau dinamakan juga 'tenaga dalam'. Tenaga ini dibekalkan bersama makanan melalui tali pusat seseorang bayi yang berada didalam kandungan. Tenaga-tenaga ini terkumpul dibahagian pusat. Tidak ramai yang tahu mengeluar serta menggunakannya.
Pada mereka yang ingin menggunakan tenaga ini perlu melalui pemindahan tenaga dari seseorang master/guru. Master tersebut juga bersetuju dengan pendapat bahawa seseorang yang mengamalkan "Chi Kong", apabila telah sampai pada satu peringkat, semua kemungkinan boleh dilakukan. Mungkin ada yang bertanya apakah gunanya tenaga ini.
Pada masyarakat China, mereka yang menggunakan tenaga ini mempunyai berbagai-bagai tujuan. Satu dari tujuan utama yang dipaparkan ialah untuk memelihara dan menjaga kesihatan. Tenaga ini berupaya dan berfungsi untuk mengerakkan anggota badan seseorang. Gerakan-gerakan ini terjadi dengan sendiri dan pada mereka yang telah menguasai tenaga ini hanya perlu mengikut gerak-gerak yang mendatang. Bagi mereka yang menghadapi satu-satu penyakit, gerakan yang terjadi selalunya dibahagian yang berkaitan dengan penyakit itu.
Semasa pertemuan ku dengan Master Chi Kong, aku bukan saja dipertuntunkan kepada gerak tenaga ini malah telah juga dipelawa untuk merasakan gerak tersebut. Tenaga yang dihasilkan mampu mengujudkan berbagai-bagai gerak diluar kawalan manusia. Kelebihan mereka yang terlibat dengan tenaga ini ialah segala latihan yang dilakukan tidak memerlukan ingatan untuk menghafal gerak-gerak tersebut kerana ianya terjadi dengan sendiri. Mereka juga dapat merasakan pengaliran "Chi" didalam tubuh mereka.
Hasil kajian yang dilakukan dinegara barat, pengaliran Chi ini tidak dapat dikesan oleh teknology moden. Walaupun pergerakan ini dihasilkan oleh tenaga dalam, ianya tidak disedari oleh orang luar kerana pergerakannya mirip seperti pergerakan orang yang melakukan senaman. Oleh itu perkara ini tidak diberi perhatian oleh masyarakat luar untuk dikaji kerana mereka menganggap senaman merupakan satu perkara biasa.
Tidak heranlah di negara China satu dari pandangan lumrah yang terdapat dipadang-padang atau tepi-tepi jalan terutama pada awal pagi dan petang ialah golongan tua dan muda beramai-ramai melakukan berbagai gerak senaman seperti Tai Chi dan sebagainya.
Didalam hal ini juga, aku tidak terkecuali terutama pada awal pagi hari Sabtu dan Ahad, aku sediakan lapangan gerak yang luas pada Diri ku. Disamping itu tenaga ini juga dipraktikkan didewan-dewan dan dirumah-rumah dengan bilangan ahli yang ramai sambil diawasi oleh seorang Master.
Penggunaan "Chi" ini tetap terlindung kepada orang luar melainkan jika perkara ini diceritakan sendiri oleh pengamal tersebut atau melalui tulisan-tulisan yang dibukukan. Sekiranya perkara ini dengan mudah dapat disedari oleh orang asing sudah tentulah mereka juga menaruh minat untuk menyelidiki tenaga ini dengan lebih mendalam.
Dalam seni mempertahankan diri, "Chi" ini akan dilepaskan bersama-sama tumbukan seseorang kearah lawan. Sejarah China pernah merakamkan satu peristiwa dizaman awal dinasti Ching (1644) dimana Moslem Ma (berdasarkan kepada nama, saya beranggapan beliau seorang Muslim) mengarahkan dua orang yang berbadan tegap menghayunkan potongan kayu besar kearah badannya. Moslem Ma seterusnya menggunakan "Chi" untuk menahan hayunan kayu tersebut dan ternyata hayunan kayu ini tidak memberi bekas kepada beliau. Oleh kerana kekuatan Chi yang ada, beliau juga digelar "Master of the iron clothes".
Pada peristiwa yang lain pula Master Yang Chien Hou (1842-1917), yang merupakan Master seni bela diri telah mengarahkan muridnya membuat pukulan kearah beliau. Master tersebut menyambut pukulan muridnya dengan "Chi" sambil mengeluarkan suara tempikan "Ha". Kekuatan "Chi" yang dikeluarkan bersama tempikan tersebut mampu membuat muridnya tercampak sejauh 20 langkah. Dari peristiwa inilah seni mempertahankan diri seperti Shao Lin, Teak Kwan Do, Kung Fu dan sebagainya apabila menyerang turut mengeluarkan tempikan "Ha" iaitu mengambil sempena daripada peristiwa tersebut.
Oleh itu tidak heranlah banyak pertubuhan-pertubuhan seni bela diri dari negara China mengutamakan tenaga dalam/Chi didalam latihan-latihan mereka. Malah di China telah ada pusat latihan yang mengutamakan penggunaan tenaga ini iaitu di "Beijing Physical Culture Insititute" dimana beliawan-beliawan dikenal dan dididik menggunakan "Chi" dalam berbagai bidang termasuk bidang sukan.
Bukan setakat di Institute ini saja, malah boleh dikatakan disetiap universiti di China penuntutnya turut didedahkan kepada penggunaan tenaga ini. Oleh itu tidak heranlah negara China digeruni oleh lawan mahukan kawan didalam berbagai bidang.
Pada awal tahun 1987 seorang penulis barat berjaya mendapatkan kerja di Kementerian Pelajaran China. Beliau kebetulan mengalami keretakan dipergelangan tangannya yang terjadi pada tahun 1985. Pakar-pakar Sains Perubatan di negara barat gagal memulihkan keretakan ini malah mengatakan bahawa keretakan tersebut tidak akan dapat dipulihkan. Oleh itu semasa di China beliau telah berusaha untuk berubat secara traditional yang seterusnya membawa kepada pertemuan dengan seorang Master Chi Kong di Beijing. Latihan-latihan yang dilakukan dengan menggunakan tenaga ini akhirnya berjaya memulihkan keretakan dipergelangan tangannya.
Bermula dari sinilah beliau memberikan perhatian kepada tenaga ini. Setelah hampir setahun penglibatannya dengan tenaga ini/"Chi", beliau seterusnya membukukan segala peristiwa dan pengalaman yang dilalui.
Di sini ada dirakamkan, mereka yang baru berkecimpong dengan tenaga ini akan mengalami berbagai peristiwa. Antaranya termasuklah, secara tiba-tiba terlihat gambaran satu-satu perkara. Menurut penjelasan beliau, ini merupakan petanda baik kepada pengamal "Chi Kong" diperingkat permulaan. Disamping itu juga kerap terjadi dimana alam fikiran mereka dapat berhubung dengan saudara-mara yang telah meninggal, melihat cahaya berbagai warna, terhidu bau-bauan atau mendengar suara-suara ganjil. Kesemua ini membawa pengertian penting kepada pengamal "Chi Kong".
Beliau pernah bertanya kepada Masternya (Dr. Yan Xin) "Apa akan berlaku bila kita meninggal". Masternya menjawab "Sekiranya "Chi Kong" menjadi amalan seseorang semasa hidup, sesudah mati, kulit, rambut, tulang akan hancur, tetapi "dan tian" tetap ada. Pada kefahamannya "dan tian" disini membawa maksud "roh".
Latihan-latihan yang dilakukan dengan "Chi" ini termasuklah mengalirkannya keseluruh bahagian anggota badan. Terdapat 8 bahagian utama pengedaran Chi ini didalam masyarakat China dan didalam bahasa Inggeris ianya disebut "small universe" ataupun "microcosmis orbit".
Bila tiga saluran dibahagian kepala yang dinamakan "yu zhen", "bai hui" dan "zu qiao" ini terbuka, menandakan "Chi" telah sampai ketahap yang tinggi. Ramai Master Chi Kong, termasuk Dr. Yan Xin, mengatakan apabila tiga bahagian dikepala ini terbuka, kebolehan rohani seseorang mengujudkan kuasa pandang terus, seperti memandang masa depan, membaca fikiran orang lain, mengambarkan hati budi seseorang, menyembuhkan penyakit dan berbagai lagi dapat dilakukan. Walaupun begitu, Dr. Yan memberi amaran kepada penggunaan kebolehan ini, kerana ianya boleh melemah dan menghilangkan tenaga tersebut.
Oleh sebab itulah, generasi tua dahulu menyembunyikan kuasa ini dan kebolehan mereka dengan menyimpan tenaga tersebut. Tujuan tenaga ini disimpan supaya mereka dapat hidup lebih lama disamping mempunyai kebolehan yang luar biasa. Mereka yang sampai ketahap ini boleh memelihara diri sendiri dan mempunyai budi pekerti yang baik. Malah diakui, mereka yang berjaya sampai keperingkat tinggi mampu menjadi manusia luar biasa dengan berbagai-bagai kebolehan seperti mengawal jangka hayat serta mengeluarkan roh mereka untuk pergi ketempat-tempat lain manakala jasadnya tetap berada disitu.
Kebolehan-kebolehan yang dapat dilakukan dengan tenaga ini oleh mereka yang bukan berugama Islam perlulah dijadikan renungan kita. Tiada bezanya mereka dengan kita, kecuali mereka tidak bertuhankan kepada Allah yang ESA serta tidak menerima Nabi Muhammad sebagai pelengkap nabi-nabi dan Utusan Allah.
Penulis ini juga telah dibawa menyaksikan berbagai adegen bahaya yang dilakukan dengan menggunakan Chi di Universiti Beijing. Diakhir pertunjukan, Masternya menjelaskan adegen-adegen bahaya tersebut merupakan perkara biasa di kalangan masyarakat China.
Masternya seterusnya memberitahu penggunaan Chi untuk tujuan melakukan adegen kasar dan bahaya selalunya mendatangkan kesan sampingan kepada pengamal. Perkara ini tidak disedari sekiranya pengamal tersebut masih muda tetapi apabila meningkat tua, kesan-kesan sampingan dari penggunaan tenaga tersebut mula dirasai seperti sakit-sakit dibahagian tertentu. Adakalanya mereka tidak dapat hidup lama.
Pada awal 1980an seorang pelajar Barat datang ke China untuk melibatkan diri dalam bidang perubatan traditional China. Beliau telah merakamkan segala pengalamannya didalam buku "Encounters with Qi/Chi". Di sini diceritakan berbagai-bagai percubaan yang dilakukan dengan menggunakan Chi.
Semasa beliau membuat lawatan ke hospital Beijing, salah seorang doktor mengantungkan kertas dengan menggunakan tali dan dari jarak jauh ia menudingkan jarinya kearah kertas tersebut membuatkan kertas itu berpusing dengan sendiri.
Pada September 1993, akhbar "The Washington Post" melaporkan pertunjukan yang dilakukan oleh Cheng Wangpong kepada lebih kurang tiga ratus orang ahli-ahli sains dan doktor dari "National Institutes of Health". Cheng menggunakan chi menghancurkan ketulan batu besar dengan tanpa menyentuh batu tersebut.
Pada 1987, satu percubaan yang menarik dilakukan oleh Dr. Yan (merupakan Master Chi Kung yang terkemuka di China) berhampiran dengan Universiti Qing Hua, China. Satu dari kebolehan yang ditunjukkan (disiarkan dalam majalah Yan Xin dan "The Contemporary Sciences"), Dr. Yan dengan menggunakan Chi, berjaya mengubah struktur susunan atom radioactive dari jarak 2,000 kilometers. Beliau juga berjaya membengkokkan pancaran laser dari jarak yang sama. Percubaan-percubaan ini telah mendapat perhatian dan disiarkan dalam akhbar Inggeris.
Sebenarnya terlalu banyak pendedahan yang telah dapat dibuat dengan chi dan ruangan ini tidak cukup untuk memuatkan kesemuanya. Para Scientis barat dengan bantuan pengamal chi dari China telah mula melakukan penyelidikan sejak dulu lagi. Malah dinegara-negara barat sekarang sudah terdapat kelas-kelas latihan menggunakan tenaga ini.
Mungkinkah "Chi" ini turut memainkan peranan penting didalam kemajuan-kemajuan yang dicapai seperti dibidang-bidang penyelidikan sains dan teknologi oleh negara-negara barat. ?
Perlu diingatkan bahawa AlQuran telah dijadikan asas penyelidikan oleh orang-orang barat didalam kemajuan-kemajuan yang dicapai oleh mereka. Penggunaan tenaga ini bukan sahaja terdapat didalam AlQuran tetapi juga dinyatakan didalam Bible. Mungkinkah mereka lebih dahulu menggunakan tenaga ini didalam industri-industri kepakaran daripada orang Islam?
Latihan-latihan yang berkait rapat dengan tenaga ini, secara sedar ataupun tidak oleh pengamalnya, termasuklah Tai Chi, Yoga, Meditation dan banyak lagi. Mereka yang mengamalkan Tai Chi mengambil masa selama sepuloh tahun atau lebih untuk dapat merasakan pengaliran Chi ini. Pengalaman ku pula, mereka yang mengamalkan Ilmu Diri/Chi Kong mengambil masa lebih kurang tiga ke empat bulan untuk merasakan pengaliran ini, dan ianya berkait rapat dengan kekerapan latihan yang dilakukan.
Yin Shih Tzu merupakan master terkemuka di China dan telah meninggal beberapa tahun yang lalu. Setelah berkecimpung dalam bidang 'meditation' untuk masa beberapa tahun, beliau mencatatkan pengalamannya didalam buku "Yin Shi Tzu's Experimental Meditation for the Promotion of Health".
Antara kandungannya termasuklah setelah melakukan meditation selama beberapa tahun dengan penumpuan kepada lapan 'psychic channels' yang terdapat pada tubuh, beliau satu ketika melalui peristiwa dimana anggotanya melakukan pergerakan dengan sendiri. Beliau mencatatkan pengalaman ini didalam bukunya seperti berikut:
"These involuntary circular movements were really wonderful and inconceivable. When it (a feeling of vibration) reached the fingers and toes, the latter stretched out to move while the legs bent and straightened alternately….All these movements to the left and right were natural with the same number of turns in each direction …. After that it moved to my limbs so that my arms swung in quick circles to the left and right while my legs bent and straightened and first the toes and then the heel of one foot kept striking those of the other….."
Pergerakan seperti ini pernah aku lalui dalam tempoh lima ke enam bulan aku mengamalkan ilmu diri iaitu tetakala aku hendak melakukan perjalanan ke atas.
Umat Islam telah jauh ketinggalan didalam berbagai bidang. Bidang kepakaran sains dan teknology pertahanan dikuasai oleh negara-negara barat. Negara-negara Islam tidak mampu menandingi ciptaan-ciptaan mereka, malah peralatan pertahanan kebanyakkannya datang dari negara ini. Tidak setakat itu, negara Islam juga ditekan, malangnya umat Islam masih lagi tidak sedar dan sentiasa berpecah sesama sendiri. Tidak heranlah umat Islam sekarang sentiasa dikuda oleh negara-negara tersebut.
Mungkin ada yang bertanya apa pula "chi" ini pada masyarakat Islam.
Pada masyarakat kita, tenaga dalam ini dikenal dengan nama Ilmu Makrifat atau Ilmu Syuhadah ataupun Ilmu Diri. Inilah ilmu tertinggi yang dapat dicapai oleh manusia yang berugama Islam. Pengamal ugama lain selain dari Islam tidak akan dapat menguasai ilmu ini. Walaupun ianya telah lama dan banyak diamalkan di negara China dan sekarang dibarat, tahapnya tetap rendah jika dibandingkan dengan ilmu ini yang diamalkan oleh umat Islam yang bertakwa.
Inilah dia ilmu wali-waliyullah dimana kebolehan mereka menjangkau sehingga ketahap "kun-payakun". Seperti yang kita sedia maklum mereka yang sampai keperingkat ini tidak akan mencerita atau membukukan kebolehan mereka yang tidak terhingga banyaknya berbanding dengan pengamal ugama-ugama lain didunia.
Didalam Islam ilmu itu boleh dibahagikan kepada tiga tingkatan. Pertama Ilmu Qalam. Kedua Ilmu Ghaib dan ketiga Ilmu Makrifat/Syuhadah. Ilmu yang ketiga inilah yang memainkan peranan penting didalam kemajuan dan keagongan Islam dizaman lampau terutama kepada pemikiran-pemikiran Islam seperti ahli-ahli politik dan ekonomi, scientis-scientis Islam dan pejuang-pejuang Islam yang mana pada ketika ini Islam berada pada zaman kegemilangan dan keagongan..
Mereka inilah golongan-golongan sufi yang tulen pada masanya. Kerana Islam itu tidak semata-mata berkisar pada hal-hal hukum tetapi meliputi semua aspek keperluan hidup. Sayangnya ilmu ini telah berkubur bersama terkuburnya pengasas dan pengamal ilmu tersebut. Antara sebabnya termasuklah jatuhnya beberapa buah kerajaan Islam dimasa-masa dahulu.
Dizaman pemerintahan raja-raja Islam, boleh dikatakan banyak para-para ulama tasauf dibunuh atau terkorban dalam peperangan dan banyak pula kitab-kitab pengajian Islam terutama sekali tasauf dan ilmu makrifat dibakar.
Diantara contoh, musnahnya Jabal Qubais yang merupakan pusat pengajaran dan amalan tasawuf dan tarikat yang terakhir iaitu pada kurun ke 19, yang menjadi tempat berkumpul ulama-ulama yang arif dari seluruh dunia.
Begitu juga dengan kejatuhan kerajaan Islam di Baghdad oleh tentera-tentera Monghul, menyebabkan ramai para ulama tasauf dibunuh. Tidak saja setakat itu, nilai-nilai ilmu yang ditinggalkan yang berupa catatan-catatan dan penemuan-penemuan penting telah dimusnah, dihanyut dan dibakar. Sebahagiannya diambil dan dibawa kenegara barat dengan mendakwa semuanya itu hasil penyelidikan mereka.
Inilah yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah ribuan tahun ilmu ini menghilang kini ianya mula bertapak kembali. Pada dasarnya ilmu ini bermula, dengan berkisar pada hal-hal kerohanian atas nama tasawuf, sufiah ataupun tarekat, dan ianya ditentang sendiri oleh orang-orang Islam.
Ilmu Diri ini perlu untuk umat Islam dapat kembali kezaman keagongannya tidak setakat pada hukum-hukum ugama, tetapi meliputi bidang-bidang kepakaran seperti ciptaan-ciptaan sains dan teknologi malah lebih dari itu. Ini tidak akan tercapai melainkan scientis-scientis Islam dilengkapkan dengan ketakwaan kepada Ilahi disamping menjadikan Ilmu Diri sebagai asas penting didalam penyelidikan disemua bidang.
Ilmu Diri ini boleh dan berupaya mengatasi kebolehan otak ataupun fikiran manusia. Jika kemajuan sekarang adalah berdasarkan kepada ciptaan-ciptaan yang banyak menggunakan daya fikiran otak maka telah tiba masanya Ilmu Diri digunakan untuk mengembalikan kegemilangan Islam.
Aku dimaklumkan pengamal ilmu diri ini terdapat dimana-mana negeri di Malaysia. Pada anggota-anggota tentera ilmu ini dijadikan sebagai pendinding diri. Sebahagiannya pula mengembangkan ilmu ini pada bidang seni mempertahankan diri dan perubatan. Pada pensyarah-pensyarah mereka dengan tujuan mereka. Pada orang-orang alim ianya berkisar pada tasawuf dan kerohanian. Pada orang biasa ianya dijadikan amalan hidup.
Dapatkah ilmu diri ini dijadikan asas kehidupan umat Islam yang bertakwa dimana ianya juga turut diamalkan di institusi-institusi pengajian tinggi, pusat-pusat kajian dan penyelidikan, dimakmal-makmal, para-para doktor, ahli-ahli politik dan ekonomi dan sebagainya. ?
Sekali lagi ditekan disini dimana ilmu ini perlu diamalkan dengan penuh ketakwaan. Mungkinkah jika semua ini dilakukan, Islam akan kembali kezaman keagongannya. Jawapannya mudah, mengapa tidak.
Didalam buku "Mengenal Roh" oleh Hj. Ab. Talib Naim, saya tertarik dengan catatan pengarang yang lebih kurang berbunyi: "Mengapakah Ulama-Ulama Islam sekarang banyak yang diserang dengan berbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, dan sebagainya, sedangkan ulama-ulama adalah pewaris nabi-nabi. Nabi-nabi tidak ada yang dihidapi penyakit-penyakit ini".
Setelah aku melakukan pengamatan melalui pengalaman dan pembacaan, aku dapati gerak-gerak yang terjadi semasa persediaan dan didalam sholat yang diturut-sertakan dengan Ilmu Diri dapat menghindarkan berbagai-bagai penyakit termasuklah darah tinggi, sakit buah pinggang, sakit jantung dan seratus satu macam penyakit yang tidak dinyatakan.
Diayat yang lain pula berbunyi "seseorang yang ingin sampai kepada makam kabul mestilah mempunyai sandaran". Sekarang kita mempunyai dua pilihan samada bersandarkan pada yang hidup atau pada yang mati.
Yang hidup itu Diri dan yang mati itu otak/fikiran. Daya fikiran otak kita, merupakan barang yang mati, kerana berasal dari bawah iaitu tanah dan akan kembali ketanah. Diri itu barang yang hidup, datang dari atas dan akan pulang keatas. Ilmu Diri Ilmu Makrifat, Ilmu akal/fikiran ilmu hakikat. Terpulanglah kepada kita untuk memilihnya.
Satu hadis yang terdapat pada sebuah kitab tua yang pernah aku dengar berbunyi "Di akhir zaman senjata ciptaan moden tidak berguna lagi".
Ini meyakinkan aku pada satu hari nanti Islam akan dikembalikan kezaman kegemilangannya oleh pejuang-pejuang Islam yang menjadikan ilmu diri sebagai asas pegangan dan amalan mereka.
Di Indonesiapun telah terdapat ramai pengamal-pengamal tenaga ini yang mereka namakan 'Prana Sakti'. Ilmu diri ini dapat membawa pengamalnya yang bertakwa keperingkat tertinggi didalam pengabdian kepada Ilahi. Mereka yang sampai keperingkat ini segala ucapan mereka diperkenankan oleh Allah SWT. Bila keadaan ini terjadi tidak mustahil senjata-senjata ciptaan modem seperti peluru-peluru berpandu dan seumpamanya tidak berfungsi. Ini dikuatkan lagi pada dunia orang Melayupun amalan seperti itu telah wujud. Perlulah perkara-perkara ini dijadikan renungan bersama.
Warisan Baru ROC
8/12/98
No comments:
Post a Comment