Saturday, March 23, 2013

Merasa Getaran Qi

Salam. Untuk bulan ini, saya akan menjawab persoalan utama yang dikemukan oleh ramai student, iaitu tentang cara nak rasa Qi itu sendiri. So, article kali ini lebih teknikal dan mengkaji dengan lebih dalam lagi tentang Qi.

First of all, apakah itu Qi dan bagaimanakah tubuh manusia boleh rasa Qi? Saintifik, kita tidak tahu apa itu Qi. Ramai orang menganggap ia adalah beberapa jenis gelombang elektromagnet. Dalam badan, Qi boleh menjadi fenomena elektrokimia serupa bagaimana saraf menghantar impuls kimia melalui badan. Apa itu Qi tetap akan kekal misteri sehingga ia dapat dibuktikan di dalam makmal. 
Walaupun kita tidak tahu mekanisme, badan tetap boleh rasa Qi. Tanpa latihan apa-apa,  50% daripada orang boleh merasa Qi pada percubaan pertama dan dengan sedikit amalan kebanyakan orang boleh merasa Qi. Jika anda tidak pernah merasa Qi sebelum ini, cuba teknik berikut.
 

Teknik tangan untuk merasa Qi
Letakkan tapak tangan anda menghadap satu sama lain dan rehatkan bahu anda. Ambil nafas dan biarkan ia pergi. Sambil menyedut nafas perlahan-lahan gerakan tapak tangan dan jauhkan dari satu sama lain. Bila menghembus nafas rapatkan kembali tangan anda ke arah satu sama lain tanpa menyentuh. Tarik nafas dan selarikan dengan pergerakan tangan dan begitu juga bila menghembus nafas. Teruskan menarik dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan. Bila menarik nafas (open) jauhkan tapak tangan dan fikirkan alam semesta dan (close) bila merapatkan tangan fikirkan diri didalam atau tapak tangan. Teruskan lakukan selarikan pergerakan dengan pernafasan, masa ini perlahan-lahan membawa tangan lebih dekat dan lebih dekat bersama-sama sehingga anda mencapai jarak di mana anda notis beberapa sensasi antara tapak tangan. Bolehkah anda merasa apa-apa sensasi, semutan, tekanan ataupun getaran?

Sensasi kesedaran badan terhadap Qi
Badan kita mempunyai cara untuk mengesan Qi jika kita rileks dan tanpa mengira sama ada kita memahami bagaimana ianya boleh dirasa. Bagaimana badan kita rasa Qi? Apabila kita melihat ke langit biru, ia adalah retina di mata kita yang menerima input dan isyarat yang dibawa ke otak untuk interpretasi. Apabila kita menutup mata dan bayangkan langit biru, otak tetap akan menerima isyarat  walaupun kita menyedarinya berbeza daripada melihat dengan mata fizikal. Tetapi, apabila kita sedang tidur dan kita lihat langit biru dalam mimpi kita, ia berasa sangat berbeza daripada membayangkan langit biru dan lebih "jelas" (real) daripada imaginasi kita.

Apabila kita berada dalam keadaan mimpi kita boleh melihat warna, rasa graviti, berasa melakukan senaman fizikal tetapi ia tidak datang dari mana-mana saraf di dalam badan. Apabila kita melihat warna dalam imaginasi kita, ia bukan retina yang menerima input. Apabila kita mengangkat sesuatu di dalam mimpi, ia bukan otot yang merasa berat. Otak kita mempunyai sensasi yang tersimpan (callibration) di dalam otak kanan dan boleh mengulangi persepsi apabila logik (otak kiri) memerlukan. Otak juga boleh menerima getaran apabila kita lebih peka dan redha, pasrah dan berserah dengan getaran kehidupan alam semesta. Saya percaya bahawa otak kita juga mempunyai keupayaan untuk menterjemahkan isyarat persepsi tenaga dan menghidupkan mereka ke dalam sensasi fizikal menggunakan logik daripada otak kiri. Sebagai contoh, jika tenaga yang banyak di sesuatu kawasan, maka kita mungkin boleh merasa getaran panas, sejuk, melekit atau berat.

Saya pernah menonton rancangan Discovery channel suatu masa dahulu tentang "Electric Shark Sense" yang saya fikir mempunyai implikasi untuk memahami bagaimana manusia boleh rasa Qi. Menurut rancangan itu, jerung mempunyai reseptor dalam kulit mereka yang membolehkan mereka untuk mengesan pergerakan dalam jarak yang amat jauh dengan mengesan getaran elektrik. Pada jarak dekat, jerung boleh rasa bahawa ader makanan berdekatan walaupun di air keruh kerana ia boleh merasa getaran elektrik daripada ikan-ikan yang lain. Penyelidikan untuk menemui dan memahami bagaimana reseptor berfungsi menjangkau 330 tahun. Reseptor pertama kali ditemui pada 1678 tetapi ia mengambil masa berabad-abad untuk mendedahkan fungsi mereka. Ini mungkin kerana terdapat beberapa jenis reseptor dalam kulit manusia yang memberikan kita keupayaan untuk merasa Qi. Reseptor mungkin sudah ditemui tetapi masih belum difahami sepenuhnya dalam mentafsir misteri alam semula jadi.


Latihan minda untuk mengesan Qi
Sebagai pengamal Qigong, matlamat kita adalah untuk mengesan dan mengawal aliran Qi dalam badan untuk kesihatan atau aplikasi mempertahankan diri. Ada satu prinsip penting dalam Qigong yang minda membawa Qi. Di mana minda/fikiran pergi, Qi akan mengikut. Apakah hubungan antara fikiran dan Qi? Kita tahu daripada kajian saintifik bahawa otak mengeluarkan gelombang elektrik. Mungkin melalui tumpuan mental otak, kita boleh mengeluarkan sejenis gelombang pembawa, serupa dengan apa yang radio pemancar gunakan untuk menghantar maklumat. Walaupun kita tidak tahu mekanisme ini, prinsip-prinsip untuk latihan minda telah diamalkan selama beribu tahun dan proses itu boleh dipelajari oleh mana-mana pengamal.

Teknik tangan yang diajar di atas adalah cara paling mudah untuk mewujudkan kesedaran Qi. Mengesan Qi dalam badan biasanya memerlukan usaha yang lebih untuk berjaya. Anda mungkin berasa sensasi seperti semutan, kehangatan, pergerakan, atau pengembangan. Notis semua sensasi yang anda rasa.
Ulangi teknik tangan dan ikuti emosi dan perasaan melalui seluruh badan anda. Rasakan sensasi yang mendalam dalam badan anda.  Kecekapan mengesan Qi dalam badan datang melalui amalan. Mengesan Qi adalah langkah penting dalam pembelajaran untuk mengawal pergerakan untuk meningkatkan kesihatan dan menguatkan badan. Minda dan Qi dihubungkan sepenuhnya. Dan bila kesedaran dalaman anda berkembang, keupayaan anda untuk membimbing dan mengawal Qi akan meningkat.

Qigong adalah latihan pernafasan. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan Qi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) Qi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada Sang Pencipta diatas niat,  sarana dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada setiap penjuru badan agar sihat dan kuat.

Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak kaki). Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan.

Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah..