Saturday, June 23, 2012

Atasi Masalah Gangguan Sihir dan Jin dengan Qigong

Salam. Sepanjang menjadi perawat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, boleh dikatakan lebih 50% patient dalam sehari adalah kes gangguan makhluk halus.

Gangguan makhluk halus ini selalunya disebabkan oleh sihir, saka, santau, lintasan, terpijak, tersampok, dll. Makhluk halus (Dirty Entity) ataupun jin dikenali juga oleh masyarakat di Malaysia sebagai hantu raya, bunian, jembalang, roh sesat dll.

Makhluk ini selalunya jarang menyerang manusia kecuali atas sebab2 yang tersebut diatas. Sebaik memasuki badan manusia, makhluk halus ini boleh berada di mana sahaja didalam badan manusia dan tempat yang paling digemari adalah otak, jantung, perut, sendi, tulang dan saraf. Di alam besar makhluk ini suka mendiami di celahan batu dan di alam kecil (badan manusia) mereka suka berada di celahan tulang dan sendi. Makhluk halus ini menyebabkan masalah perjalanan darah tersekat, tersangkut atau perlahan menyebabkan sakit kepala, sakit sendi, saraf, sakit dada, dan masalah perut kembung dan angin dalam badan dan akhirnya badan menjadi lemah. Ini adalah kerana pengaliran darah tidak mengalir sempurna ke urat saraf dan sendi.

Kesan ketara ialah badan menjadi letih lesu akibat pengaliran chi yang tidak dapat sampai ke hujung sel-sel badan. Ini akan membuatkan pesakit selalu rasa ingin tidur kerana keletihan akibat pengaliran chi yang tidak sempurna ke otak. Ini amat digemari oleh jin2 kerana membolehkan mereka tinggal dengan aman damai didalam badan. Ini adalah kerana jika pengaliran darah dan chi mengalir dengan lancar akan menyebabkan sukar untuk mereka tinggal didalam badan. Selain itu pengaliran chi yang lancar akan menhubungkan otak dan saraf seluruh badan menjadi cergas dan cerdas. Oleh itu perlu bagi pesakit untuk melawan perasaan letih dan kelesuan itu dengan beriadah agar pengaliran darah dan chi kembali mengalir dengan lancar.

Organ paru-paru, hati dan limpa sering menjadi serangan makhluk halus ini menyebabkan sistem immunisasi badan menjadi rendah dan kerap berlaku demam. Kandungan darah menjadi tidak normal seperti terdapat virus yang menyebabkan Hemoglobin (HB) menjadi rendah daripada 10. Perubatan modern hanya dapat mengenal pasti terdapatnya jangkitan kuman tetapi tidak tahu puncanya. Lebih serius lagi serangan makhluk halus ini boleh membawa kepada masalah emosi. Pesakit mula menjadi lekas rasa nak marah bila makhluk halus ini menguasai emosi. Ini sering berlaku pada kaum wanita dan menyebabkan timbul perasaan benci pada pasangan.

Rasuk boleh berlaku apabila makhluk halus ini mengusai minda pesakit. Ini boleh berlaku kerana otak tidak lagi cerdas disebabkan masalah pengaliran chi yang tersekat ke otak. Lebih kronik jika urat saraf di bahagian otak telah rosak yang boleh membawa kepada penyakit mental seperti epiliptic seizure, psychopatic, schizophrenia, delusional dan halusinasi akibat mental disorder. Oleh itu, memperbaiki peredaran chi pada otak, jantung, paru-paru,  limpa dan hati adalah penting untuk kecergasan tubuh badan dan melawan gangguan makhluk halus. Ramai juga pesakit yang walaupun telah mengamalkan surah2 tertentu daripada Al-quran namun masih lagi mengalami gejala-gejala seperti diatas. Ini kerana mungkin gangguan itu telah lama berada didalam badan dan telah mendatangkan kerosakan fisikal kepada organ dalaman. Oleh itu pendekatan cara fisikal adalah perlu dan senaman Qi Gong boleh membantu untuk mengerakkan peredaran chi pada otak, jantung, paru-paru, limpa dan hati daripada kesesakan dan sekatan yang disebabkan oleh makhluk halus.

Jika selepas berjumpa doktor, anda mendapati gejala-gejala seperti yang disebut di atas masih berterusan, maka latihan qigong amat berguna untuk anda. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada sang pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. Inshaallah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada sel otak, jantung, paru-paru, hati dan limpa agar sihat dan kuat.

Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di otak, limpa, paru-paru, hati dan jantung keluar ke yunchuen. Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan otak, limpa, paru-paru, hati dan jantung anda deflating (menguncup) seperti dua belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada otak, limpa, paru-paru, hati dan jantung anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan otak, limpa, paru-paru, hati dan jantung anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di dalam otak, limpa, paru-paru, hati dan jantung berkembang dengan kelembutan.

Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga dan darah kepada otak, limpa, paru-paru, hati dan jantung untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. Inshaallah..

1 comment:

Shah Jehan said...

kaitan antara gangguan jin dan senaman adalah satu perkara yang amat baru pada saya. sangat menarik. ini kerana senaman itu biasanya aktiviti fizikal dan jin itu makhluk halus yang tak mampu dilihat oleh anggota fizikal manusia. qigong hidayah amat bagus. saya akan terus mencuba, insya Allah. terima kasih cikgu! :)