Friday, April 29, 2011

Pengenalan kepada Qigong Hidayah.

Salam Sejahtera.

Sejak awal permulaan tamadun lagi manusia sering dan sentiasa mencari penawar kepada kesakitan yang dialami melalui penggunaan kaedah-kaedah penyembuhan. Akan tetapi, melalui seni penyembuhan juga boleh menjadi asas kepada kesedaran dan pembentukan kerohanian seseorang. Bahkan pada hari ini, dari segi intelektual sekalipun tidak dapat menjelaskan kuasa penyembuhan sebenarnya. Setelah mempelajari qigong barulah saya mengerti hikmah salah satu hadis yang berbunyi “Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

Qigong merupakan sejenis terapi senaman tradisional cina untuk tujuan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan. Qigong kadang-kadang dieja sebagai “Chi Gong” atau “Chi Kung” yang kesemuanya bermaksud senaman pernafasan. “Qi” bermaksud “pernafasan” dan “tenaga utama” . Maksud asas yang sama dengan “Chi” (Cina), “Prana” (Sanskrit) dan “Barakah” / “Qudrah”. Pernafasan adalah aspek utama dalam pelaksanaan Qigong sebab mengikut kaum Cina, udara adalah pengangkutan utama tenaga hayat. Senaman Qigong ini adalah gabungan senaman pernafasan, memberi ketenangan dan meditasi (meditation). “Gong” bermaksud pergerakan atau pun lakuan yang bila digabungkan dengan qi akan menghasilkan penyatuan badan, minda dan rohani.

Qigong kebiasaanya diaplikasikan dengan sentuhan chi melalui tapak tangan tanpa bersentuhan kepada tempat sakit ataupun kepada organ yang menyebabkan sesuatu tempat itu jatuh sakit (punca). Ditahap advance, penyembuhan boleh dilalukan hanya dengan pandangan mata atau melalui third eye (yin tang). Qigong juga boleh diaplikasikan melalui kaedah penyembuhan jarak jauh secara makrifat. Namun begitu yang paling utama ialah untuk pengamal qigong itu sendiri mengubat diri sendiri (self healing) dengan mengamalkan latihan qigong.

Merasai atau mengamati tenaga Qigong adalah pengalaman berkomunikasi dengan gelombang kasih sayang dari alam kepada seluruh kehidupan. Sama ada anda hidup serba kekurangan atau dalam kemewahan, sama ada anda mencari sesuatu dari segi kerohanian, atau minda hanya tertumpu kepada kebendaan, atau sama ada anda dalam belenggu kekecewaan atau sedang bangkit untuk melalukan perubahan; Qigong akan memberi kekuatan dan menyemarakkannya.
Qigong menyembuh pada semua peringkat, pada fizikal, mental (minda), emosi serta kerohanian,dan memberi sokongan keupayaan semulajadi tubuh untuk sembuh dengan sendirinya. Penyembuhan Qigong bukanlah satu bentuk penyembuhan yang konfrantasi malah ianya menyembuhkan pelbagai masalah dan trauma dengan cara yang lembut dan halus. Ia juga bukanlah berasal daripada mana-mana mazhab atau fahaman, ia telah dipraktiskan oleh pelbagai golongan dari pelbagai agama, adat dan kebudayaan. Anda tidak perlu mengikut mana-mana adat atau sistem kepercayaan untuk mengalirkan chi atau untuk menikmati manfaatnya. Apa yang perlu adalah kehendak dan kemahuan untuk menyembuh dan disembuh oleh tenaga dari alam semesta.


Sejarah Qigong

Walaupun qigong berakar-umbi ribuan tahun lalu, namun seorang cendekiawan dari Montreal yang bernama David Ownby memahami qigong sebagai perkembangan China pasca pemerintahan Mao Zedong, iaitu setelah berakhirnya Revolusi Kebudayaan di China timbulnya pengakuan tersirat bahawa fahaman Marxisme tidak berguna lagi, apatah lagi "negara totalitarian" yang mendewakan pemimpin parti, oleh itu tercetusnya "krisis kerohanian." Oleh sebab agama-agama utama dikecam dan diharamkan ketika Revolusi Kebudayaan dilaksanakan, ramai rakyat Cina tidak merasai lagi tarikan yang pernah dirasai mereka. Qigong dikatakan berubah dalam konteks bersejarah ini, sebagai suatu “cabang perubatan Cina yang bersifat rohani dan sedikit mistik.” Ownby menerangkan yang seumpamanya mengenai sejarah qigong do China. Qigong dipupuk di China pasca-Mao untuk tujuan amali dan juga ideologi, dan pada masa itulah kepentingannya mencapai tahap "luar jangkaan." Dari segi amali, diharapkan agar qigong boleh meningkatkan lagi kesihatan orang ramai, sekaligus mengurangkan perbelanjaan perubatan kerajaan.

Dari segi ideologi pula, Ownby berhujah bahawa ramai pihak dalam kerajaan Komunis "agak tertarik" dengan pemahaman qigong sebagai sejenis "sains Cina", iaitu sebahagian "nasionalisme baru, perakuan kebesaran kebudayaan dan status kuasa terbesar yang agak cauvinis" oleh Republik Rakyat China. Qigong tidak dilihat oleh pihak berkuasa mahupun pengamal sebagai berunsur keagamaan, oleh itu tersebar lagi amalan ini. Lama-kelamaan, wujudnya Persatuan Penyelidikan Saintifik Qigong China yang ditadbir kerajaan, bertujuan mendaftar kumpulan pengamal qigong serta menjalankan kajian "saintifik." Ketika persatuan ini ditubuhkan, sudah terdapat 2000 buah pertubuhan qigong serta kira-kira 60 dan 200 juta pengamal di seluruh China.

Mungkin ada beberapa ribu jenis qigong di China. Di antaranya, Zhineng Qigong berdiri sebagai salah satu yang paling berkesan dalam meningkatkan kesihatan seseorang dengan tenaga alam semesta. Zhineng Qigong bermaksud "Cultivating Intelligent Energy" iaitu membudayakan atau memupuk tenaga alam semesta kearah kesihatan dan kebaikan.

Zhineng Qigong dicipta oleh Pang Ming, seorang guru Qigong berbakat dengan latihan dalam perubatan China dan Barat dan telah menerima bimbingan dari 19 grandmaster di dalam Qigong dan seni bela diri sejak kecil. Dengan penciptaan Zhineng Qigong, ia menggabungkan senaman dalaman China kuno Qigong sebagai seni penyembuhan dengan ilmu pengetahuan moden dari tubuh dan fikiran. Qigong amalan yang telah disimpan rahsia di China selama lebih dari 5000 tahun dalam keluarga dan sekolah esoterik, kini telah tersedia untuk masyarakat awam dan berjuta-juta manfaat dari orang di seluruh dunia. Dr Pang juga mendirikan rumah hospital Qigong terbesar di China, di mana Zhineng Qigong digunakan untuk belajar ilmu fikiran-tubuh dan aplikasi untuk penyembuhan diri. Dia telah mendirikan pusat latihan di China yang telah melatih ribuan guru qigong, yang sebahagian besar telah memilih untuk mendedikasikan hidup mereka untuk berkongsi dan mengajar qigong pada umum.

Tujuan Amalan Qigong.

Tujuan dari latihan qigong adalah untuk meningkatkan kehidupan manusia, seperti meningkatkan kecergasan fizikal, meningkatkan kreativiti, semangat emosi dan mengungkap potensi tersembunyi. Qigong menawarkan jalan untuk membebaskan kita dari keterbatasan kita sendiri dan menemukan kembali kebebasan berdasarkan kesedaran dan kebijaksanaan. Melalui qigong, kita belajar untuk memupuk chi dalam amalan sehari-hari kita untuk menggerakkan unsur-unsur fizikal dan rohani dari keberadaan kita.Qigong berbeza dari latihan sukan lain. Qigong menekankan kesedaran, menetapkan nafas, dan menggerakkan tubuh, sementara sukan difokuskan pada gerakan tubuh. Dalam pergerakkan tubuh, qigong menggunakan fikiran untuk merasai chi, chi untuk mengarahkan tubuh, gerakan tubuh untuk melayani roh, fikiran dan chi.

Dalam sukan, seseorang dilatih untuk fokus pada bentuk fizikal, sementara fikiran tidak diarahkan secara dalaman, bukannya terhadap gerakan tubuh. Fikiran menjadi hamba untuk memudahkan pergerakan otot, tendon, dll. Dalam hal regenerasi dalam tubuh, sukan mempromosikan penggunaan tenaga untuk mempercepat proses ini dengan mencetuskan gerakan otot dan menukar tenaga kimia menjadi tenaga mekanik. Oleh kerana itu, memerlukan tenaga tambahan dan lebih banyak berehat untuk memulihkan tenaga. Latihan sukan direka untuk menguatkan kuantiti tenaga kehidupan yang datang dari dalam dan mengalir keluar tubuh.

Sebaliknya, latihan qigong mengurangkan pengambilan tenaga, melambatkan proses regenerasi. Ia mengatur susunan aktiviti kehidupan dalaman dan mengorganisasi struktur biologi, sehingga meningkatkan kualiti hidup.


Dua Sistem Qigong

Ada dua sistem qigong, sistem tertutup dan sistem terbuka. Sistem tertutup menekankan penghapusan gangguan luaran dengan mengasingkan diri dari lingkungan. Amalan ini menumpukan pada peraturan dalaman tenaga, fikiran dan jiwa. Semua perhatian berbalik dalam hati dan semua indera tubuh dikurangkan dengan minimal dalam proses untuk mencapai konsentrasi yang lebih besar. Amalan ini memerlukan pengasingan mutlak.Zhineng Qigong adalah sistem terbuka. Hal ini menekankan hubungan antara individu dan persekitaran, antara manusia sejagat dengan chi dalaman dan chi luaran. Amalan ini menggunakan chi alam semesta untuk menguatkan Jing, Chi, dan Shen seseorang. Hal ini juga menggalakkan amalan Qigong melalui kehidupan sehari-hari. Dan menekankan pentingnya interaksi antara manusia dan lingkungannya. Kedua-dua sistem dan ribuan sekolah mengajar tujuan yang sama dalam meningkatkan kualiti kehidupan, menjelajah potensi kecerdasan, dan meningkatkan kualiti hidup. Sebagai permulaan, adalah penting untuk memilih kaedah yang sesuai dengan kesesuaian sendiri.



Tingkatan atau Tahap Amalan Zhineng Qigong.

Sebenarnya Zhineng Qigong ada 5 peringkat / tahap tapi ader 3 sahaja yang mampu dicapai setakat ini. Zhineng Qigong saat ini dirumuskan dalam tiga tahap amalan sebagai berikut:


Tahap 1

Angkat Chi, Tuang Chi - Pour Chi Up dan Pour Chi Down (Peng Qi Guan Ding Fa) - Ini adalah bentuk dasar dari amalan Tahap 1 dan terdiri dari beberapa siri gerakan tubuh yang lembut dengan visualisasi meditasi untuk membuka saluran chi di dalam badan dan mempertingkatkan pertukaran Chi antara tubuh dan alam semesta.

Gabungan Tiga Pusat Meridian – Three Center Meridian Merge (San Xin Ping Zhan Zhuang) - Kaedah ini menggunakan suatu keselarasan tubuh dan pemusatan fikiran dalam kedudukan yang kuat yang direka untuk mengakar tubuh ke dalam bumi, menghubungkan tiga meridian utama dan mengumpulkan Chi di Dantian. Kaedah ini dengan cepat dapat mencapai kekuatan dan keseimbangan pengaliran Chi didalam badan.

Peregangan Chi – Chi Stretching (Chen Qi) - Ini merupakan kaedah yang berkesan untuk merangsang dan menggerakkan dalaman fizikal dengan menyatukan chi ke dalam seluruh tubuh secara keseluruhan.

Ketampi Dinding - Wall Squating (Dun Qiang) - Ini melibatkan gerakan naik-turun tubuh sambil menghadap dinding. Amalan ini memperbaiki struktur tulang belakang dan menguatkan seluruh tubuh. Ini adalah kaedah pengurangan stres yang sangat berkesan dan juga memberikan penghayatan yang kuat terhadap Chi. Dengan amalan sehari-hari, boleh menyebabkan pengamatan terhadap chi yang tinggi didalam Qigong.


Tahap 2

Jasad & Minda - Body & Mind Method (Xing Shen Zhuang) - Ini adalah bentuk dasar dari amalan tahap 2, terdiri daripada 10 disiplin. Disiplin ini membuka dan mengalirkan chi dalaman dalam tubuh, untuk membuka sendi dan meridian dan mengumpulkan Hun Yuan (alam) chi ke seluruh tubuh, dari kulit ke tulang. Ini adalah disiplin yang dirancang untuk menyatukan fikiran dengan tubuh dan meningkatkan kemampuan fikiran untuk memerintah tubuh, sehingga mengintegrasikan fikiran dan tubuh.


Tahap 3

Lima Elemen Unified (Wu Yuan Zhuang) - Menggunakan suara, gerak, dan teknik pernafasan, kaedah ini untuk mengaktifkan dan mengimbangkan Chi lima organ dalaman dengan menyatukan Chi dari organ dalaman ke Dantian tengah. Ini membantu untuk mencapai pembersihan fizikal mahupun keseimbangan emosional.



Perjalanan Qigong Hidayah

Setelah mengamalkan zhineng Qigong selama lebih 10 tahun, kini tibalah masanya untuk saya berkongsi pengalaman. Selama setahun saya membuat research dalam usaha saya menterjemahkan Zhineng Qigong ke dalam bahasa Malaysia. Zhineng Qigong dipilih kerana ia adalah jalan yang telah diperkenankan oleh tuhan kepada saya. Walaupun gerakan dan modul dari Zhineng Qigong telah sedia ada, namun untuk menjadikan ia lebih dekat ke umat islam adalah satu challenge. Ini adalah kerana afirmasi itu perlu diubahsui dengan perkataan yang sesuai ke dalam bahasa Malaysia. Sementara itu, guru Qigong saya juga telah merestui usaha saya ini setelah saya memberitahu tujuan saya untuk mengembangkan ilmu qigong ini kepada umat Islam.

Saya mengkaji qigong dengan teliti didalam mencari titik pertemuan didalam syariat Islam. Saya mendapati pernafasan adalah aspek utama dalam pelaksanaan Qigong sebab mengikut kaum Cina, udara adalah pengangkutan utama tenaga hayat. Senaman Qigong ini adalah gabungan senaman pernafasan, memberi ketenangan dan meditasi (meditation).

Ini menarik minat saya kerana ada kesamaan didalam amalan ilmu zikir nafas yang pernah saya pelajari dengan guru-guru tasawuf. Pernafasan bila ditarik mengikut arahan yang terarah seperti tarik, tahan dan lepas (pernafasan segitiga) akan menghasilkan Chi. Chi yang telah dijana akan disimpan didalam tubuh badan dan akan membakar semua bacteria penyakit didalam darah. Chi itu juga akan menghantarkan getaran seperti “Apa saja yang kita ucapkan itu disebut getaran (afirmasi/doa) dan ucapan kita yang belum dikeluarkan atau masih dalam pemikiran itu pun disebut getaran (niat/deed/thought). Maka chi yang kita kumpul tadi akan menghantar getaran itu kepada tujuanya baik dari segi menghilangkan penyakit ataupun menghantarkan getaran pada tujuannya. Saya mendapati ciri-ciri doa dan niat itu terkandung didalam solat seperti yang telah disyariatkan.

Dan apabila hamba-hamba ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) –Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. (Al-Baqarah 2: 186 )

Alhamdulillah sejak mengamalkan qigong, saya dapati ianya banyak membantu saya dalam menghayati solat. Ini adalah kerana solat itu adalah merupakan perjalanan ruhani menuju Allah.

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka kembali kepadaNya. (Al-Baqarah 2: 45-46)

Selama ini solat dianggap sebagai sesuatu yang membebankan bagi pelakunya, kerana kebanyakan dari kita tidak mengetahui dan merasakan ketinggian nilai spiritual yang ada didalamnya. Sejak kita mulai belajar solat dimasa kecil, kita tidak diajarkan bagaimana meraih rasa khusyu’, kerana kita hanya disuruh menghafal bacaan dan gerakan-gerakan raka’at tanpa rohaniah. Padahal solat itu adalah merupakan ruangan tempat kita beristirihat, tempat kita meraih kedamaian, dan sebuah klinik pengubatan bagi bathin kita. Malangnya masyarakat terlanjur menilai solat sebagai sebuah perintah, sebuah kewajipan yang tidak boleh dielakkan. Akibatnya solat tidak menjadi sebuah keperluan untuk peribadinya, apalagi untuk meraih rasa khusyu’.

Didalam Qigong, anda tidak diajak menciptakan rasa khusyu’ tetapi kita akan memasuki dan menerima rasa khusyu’ tersebut. Kita hanya mendapatkan, bukan menciptakan rasa khusyu’. Rahsia gerak meditasi qigong adalah pada perpaduan antara gerak yang telah dipola dengan emosi sehingga menghasilkan chi, yaitu selarasnya kekuatan otak kiri dan otak kanan.

Dalam keadaan pasrah, perhitungan dan aturan yang ditimbulkan oleh otak kiri mengikuti imajinasi otak kanan yang melayang bebas menuju prinsip kekosongan tanpa keluar dari gerak yang telah ditetapkan. Perpaduan yang seimbang ini diungkapkan dalam bentuk simbol Yin dan Yang.

Kedua unsur yang berbeda tersebut bagaikan dua kutub kekuatan yang saling bertentangan, tetapi keduanya berada dalam satu magnet yang utuh. Kekuatan dari Yin akan menarik kekuatan dari Yang dan sebaliknya. Dalam pelajaran qigong, terdapat dua pengertian yang saling bertentangan, besar dan kecil, kuat dan lemah, hidup dan mati. Pengertian qigong disini mengandung erti positif ataupun negative. Pengertian negative disini bukanlah sebagai sesuatu yang rendah atau yang tidak diinginkan, akan tetapi hanya untuk menunjukkan adanya suatu perbedaan yang fitrah bahawa setiap yang dijadikan itu berpasangan. Sebenarnya baik Yang mahupun Yin keduanya mempunyai kebaikan dan juga keburukan.

Orang yang memegang prinsip qigong dalam kehidupan sehariannya, biasanya menjadi orang yang arif, berhati mulia, senang dan tenang kerana adanya daya tarik yang harmonis didalam tubuhnya dan jiwanya. Untuk mendapatkannya, diperlukan kesadaran penuh (niat) dan sikap pasrah sehingga kedua kutub tadi akan saling bersinergi dan berpadu menjadi suatu kekuatan yang luar biasa. Inilah yang dikatakan sebagai penyatuan dari ego jantan (masculine) dan betina (feminine) sehingga kondisi jiwa itu menjadi satu dan tidak terpecah. Kesimpulan prinsip qigong ini, ialah menggabungkan kekuatan gerak dan emosi (perasaan) beserta dengan niat.

Didalam Islam, niat itu merupakan landasan yang paling penting dalam setiap perbuatan ibadah yang kita lakukan. Niat merupakan landasan moral dari sebuah perbuatan, kerana niat akan menentukan nilai baik atau buruk dan diterima atau tidaknya suatu perbuatan. Niat merupakan dasar dan bentuk bagi sebuah perbuatan, dimana perbuatan itu sendiri adalah juga isi dari sebuah niat.

Sebagai dasar dan bentuk, ia baru dapat difahami dengan jelas bila isinya diikutsertakan bersama. Keduanya saling mengisi dan merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Didalam istilah feqah, niat diertikan qashdu syai muqtarinan bifi’lihi, melakukan sesuatu perbuatan dengan kesedaran penuh (consciousness).

Diharapkan, Qiqong Hidayah ini menjadi salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan sang Maha Pencipta. Ini adalah kerana kesakitan yang diberi itu adalah untuk kita sedar, bangkit dan kenal-sekenal kenalnya diri batin dan zahir kita yang mungkin tidak kita endahkan selama ini.

Qigong Hidayah

Apa itu Qigong?

Qigong adalah sejenis terapi senaman tradisional cina untuk tujuan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan. Qigong kadang-kadang dieja sebagai “Chi Gong” atau “Chi Kung” yang kesemuanya bermaksud senaman pernafasan. “Qi” bermaksud “pernafasan” dan “tenaga utama” . “Gong” bermaksud pergerakan atau pun lakuan yang bila digabungkan dengan qi akan menghasilkan penyatuan badan, minda dan rohani.

Faedah Qigong
Dengan mengamal dan menjalani latihan Qigong ini, ia dapat membantu meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan koordinasi dan menegangkan otot-otot. Pengamalan dan latihan Qigong dapat menyembuhkan penyakit kronik seperti berikut:
· Tekanan darah tinggi
· Lemah Jantung
· Gastrik
· Stress
· Migraine
· Arthritis
· Sakit belakang
· Asma
· Diabetes
· Strok
· Kanser
· Lemah Tenaga Batin
· Dll.

Kesan fisiologi yang amat ketara adalah pengamal Qigong menunjukkan jumlah kapasiti pengambilan oksigen telah meningkat selepas menjalani latihan Qigong serta telah meningkatkan kualiti tidur seseorang. Bermula Februari 2011, Pusat Perubatan Al-Hidayah akan memperkenalkan Qigong Hidayah yang berlandaskan Islam.

Kelas Qigong Hidayah
· Waktu: 9am-11am, Setiap Sabtu.
· Yuran: RM100 sebulan (4 sessi)
· Tempat: Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah,
No. 1, Jalan Bestari Indah, Villa Bestari,
Sungai Pusu,
53100 Gombak,
Kuala Lumpur.
· Hubungi: Master Edi (012-3169029)

" Keseimbangan kesihatan jasmani dan rohani "

Qi Gong untuk Kesihatan Payudara

Salam. Kanser, secara umum, adalah sesuatu yang sangat menakutkan dan kanser payudara, khususnya, adalah suatu rasa phobia sehingga menimbulkan paranoia kepada wanita zaman ini. Pemeriksaan Mammogram secara teratur dan rutin adalah perlu, tetapi masih ramai wanita mendapati proses ini menakutkan dan tidak berperikemanusiaan dan ini hanya menambah keinginan untuk bersembunyi dari mendapatkan rawatan.

Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan. Hanya memiliki rasa takut tentang masalah payudara boleh mencipta atau menyebabkan ketegangan dalaman di bahagian tubuh dan menyebabkan kurangnya peredaran chi di kawasan payudara. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan takut itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan payudara (sihat dan kuat), inshaallah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada sel payudara agar sihat dan kuat.

Banyak pekara yang boleh dilakukan setiap hari untuk meningkatkan kesihatan payudara. Diet merupakan faktor penting untuk kesihatan dan untuk kesihatan payudara, anda harus memperbanyakan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan organik. Elakkan makanan olahan dengan aditif buatan seperti processed food dan diary products. Menjaga berat badan yang sihat dan bersenam secara teratur juga telah terbukti membantu mencegah kanser payudara. Beberapa makanan untuk membantu menjaga kesihatan payudara: bawang putih, teh hijau, halia, kunyit dan soya.


Ada suplemen yang menyeluruh yang mengandungi banyak bahan diatas didalam menjaga kesihatan Sel Payudara dengan Kalsium d-Glucarate oleh Enzimatic Therapay yang boleh anda dapati di pharmacy berdekatan tempat tinggal anda.

Latihan Qigong Hidayah adalah gerakan lembut dan sederhana dengan gerakan peredaran tenaga melalui kawasan payudara serta seluruh dada, bahu dan lengan. Melakukan latihan Qigong Hidayah ini setiap hari dapat membantu mencegah masalah kesihatan payudara dan membantu penghidap breast cancer kearah proses penyembuhan mutlak, inshaallah..

Terlalu Sibuk Merawat Pesakit

Salam. Sejak menjadi perawat di klinik Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, saya jadi semakin sibuk. Banyak panggilan phone yang tak terjawab dan hanya sms sahaja yang mampu saya balas. Inshaallah, saya akan menulis lebih banyak lagi jika diizinkanNya.

Salam. Since becoming a healthcare consultant and therapist at the clinic (Medical Center of Al-Hidayah), I became increasingly busy. A lot of unanswered phone calls and only sms I could reply. InsyaAllah, I will write more if God willing.