Wednesday, August 7, 2013

Puasa

Salam. Selamat berpuasa bg yg berpuasa. Dah lama tak menulis, terlalu sibuk dgn aktiviti bulan ramadhan. So kali ni nak sentuh bab puasa kerana banyak rahsia didalamnya yang tidak dibuka kepada awam. Apakah yang anda rasa bila anda berpuasa? Lapar, dahaga, cepat marah? letih? Itu semua kesan sampingan pada tubuh dan jiwa apabila nafsu diawasi dan dikenali.


Lets go deep and try to understand ourself, dimana kita sebagai entiti saikologi yang merasa berbagai kesusahan hidup, kesakitan dan kesengsaraan, keseronokan dan kebahagian, lapar, dahaga dan seribu macam rasa lagi. Persoalannya dimana kah rasa itu? Apakah otak yang merasa dan mengubah sensori informasi kepada neuron atau otak pun hanyalah benda yang mati yang tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana yang merasa itu adalah di hati sanubari ataupun jantung dan bukanya di otak ataupun liver.

Semasa berpuasa aurat di jaga dimana mata, mulut, telinga, hidung dan dua lubang kemaluan itu diawasi agar tidak membatalkan puasa. Namun apa yang sebenarnya ialah kesemua pintu dan pancaindera tersebut turun ke hati yang merasa lapar dan dahaga, dan segala rasa yang lain. Yang penting hati itu perlu di dorongkan ke arah nyawa atau roh yang tidak lapar & dahaga, tidak makan & minum. Jangalah hati itu turut serta dengan kehendak pancaindera atau pintu aurat tersebut kelak diri hanya akan bertuhankan hawa nafsu tubuh badan yang penuh dengan persoalan dan permasaalahan.  Tahukah anda terdapat banyak kes kerasukan dan gangguan didalam bulan ramadhan ini. Kenapakah ini berlaku? Bukankah syaitan dan jin dirantai pada bulan ramadhan seperti dijelaskan dalam hadis? Hadis dan Alquran itu benar cuma manusia punya kesedaran yang berbeza untuk mengkaji dan menerima sesuatu barang. Sebagai makhluk tuhan yang sentiasa menghijab dirinya pada yang Esa, disebabkan nafsu yang menguasai hati nurani adalah dengan megadakan latihan berpuasa itu diharapkan agar dapat menundukan nafsu dan syaitan didalam diri sendiri.


Berbalik kepada puasa, perasaan lapar dan dahaga itu sebenarnya dirasai oleh hati/al-qalb/jantung apabila kesedaran itu masih terletak pada jasad/nafs ataupun nafsu. Ketahuilah apabila kesedaran kita telah berkalih daripada tubuh kepada kesedaran roh/nyawa/nafas/sir(ketuhanan), kesemua rasa  kesakitan dan kesengsaraan, keseronokan dan kebahagian, lapar,dahaga itu akan lenyap sama sekali yang tinggal hanya rasa hening dan tenang dan desing halus.... Didalam kesedaran ketuhanan, gelora nafsu itu telah lebur dan yang tinggal adalah rasa ketenangan kerana diri telah tiada dan yang ada hanya Dia. Tidakkah kita hendak mencapai ke tahap itu ataupun anda tidak merasa perlu untuk menuju kedaerah ketuhanan yang jauh lebih tinggi dari nafsu tubuh yang dibayangi syaitan. Tepuk dada, tanya selera, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Apapun, kita sebagai manausia sentiasa kalah dalam kehiduapan dan kemenangan hanyalah milik yang Maha Esa jua kerana kita hidup atas muka bumi ini hanya atas ehsanNya. 

Diri (Nyawa/Roh/Sir) sentiasa berpuasa dan latihan berpuasa agar kita dapat mengalihkan kesedaran tubuh/nafsu kepada kesedaran ketuhanan/Roh/Nyawa yang tidak makan dan minum dan sentiasa suci, maha suci dari sebarang kekotoran dan kecelaan. Seperti turun dan naiknya nafas yang penuh dengan kasih dan sayang dari yang maha Esa kepada hamba-hambanya didalam mencari keredhaan dan akur tanpa ada rasa lapar dan dahaga.

Ini semua semenangnya selaras dengan latihan senaman qigong. Qigong adalah latihan pernafasan yang meletakkan kesedaran dan penguasaan diri yang haq keatas keberadaan/individu/kebendaan. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada Sang Pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada setiap penjuru badan agar sihat dan kuat.

Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak kaki). Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan.
Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah..

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Memandu di jalan Raya.

Saturday, June 1, 2013

Rawat Gangguan Emosi dengan Qigong

Salam. Life semakin busy, setiap hari masa semakin singkat. Tarik nafas dalam dan rileks.. Artikel kali ini saya rasa terpanggil untuk clear the air pasal gangguan jin dan gangguan emosi. Ini adalah kerana ramai yang menyangka diri mereka terkena gangguan makhluk halus disebabkan sihir, saka, tersampok dan sewaktu dengan nya. Keyakinan ini telah dikuatkan lagi oleh research from the net, buku dan hearsay tentang tanda2 gangguan makhluk halus terhadap fisiologi tubuh badan.

Setiap hari ada saja pesakit yang datang ke klinik dengan simtom2 gangguan, namun tak semuanya adalah gangguan yang disebabkan oleh jin atau makhluk halus. Ini adalah
kerana kesakitan pada jasad atau badan kasar itu hanyalah tanda pada diri halus atau jiwa seseorang. Gangguan psikosomatik iaitu gangguan fizikal yang ditimbulkan oleh gangguan psikis atau gangguan jiwa atau emosi. Jadi, gangguan atau aduan ini terjadi bila seseorang ada gangguan pada kejiwaannya, baik itu gangguan yang sifatnya mikro maupun makro (misalnya kecemasan, stress, kemurungan, emosi tidak stabil, konflik, dll). Simtom yang dialami oleh setiap orang beza-beza. Biasanya berupa keluhan-keluhan ringan seperti mual, kembung perut, sakit kepala, sakit saraf dan sendi, sakit otot dan cirit-birit. Simtom yang lebih serius, seperti muntah-muntah, migrain, gatal-gatal pada kulit, demam berpanjangan, sesak nafas, dll. Walaupun secara fizikal kelihatan menggangu, namun semua keluhan itu bukan sakit fizikal pada organ dalaman badan dan seringkali dalam pemeriksaan fizikal atau blood test, MRI scan, dan sewaktu dengannya menunjukkan organ-organ badan dalam keadaan stabil dan memuaskan.

Ramai juga cancer patient yang berpunca dari gangguan emosi yang disimpan atau terpendam terlalu lama didalam diri sehingga memberi kesan pada jasad. Ini adalah kerana getaran jiwa yang negative akan memberi kesan pada sel-sel tubuh. Ada sinonim kenapa cancer patient kebanyakannya adalah wanita. Secara fitrahnya period cycle itself dah cukup membuat jiwa kacau bagi yang lemah semangat. Ini adalah sifat naluri wanita yang suka melayan emosi. It's just nature.. Dan kelemahan itu lah yang membuatkan sesuatu kesakitan itu bertambah derita. U choose which emotional state u want to be in..


Qigong adalah latihan senaman pernafasan berserta dengan sarana/sugesti positif. Dengan memberikan sugesti/sarana positif yang ditanamkan ke dalam fikiran bawah sedar, akan membantu mengubah persepsi fikiran bawah sedar terhadap keadaan psikologi yang bersifat negatif. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada Sang Pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada
setiap penjuru badan agar sihat dan kuat.

Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak kaki). Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang llahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan. 



Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (imaginasi) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah.. 

Saturday, April 27, 2013

Rawat masalah Prostat Bengkak dengan Qi Gong


Salam semua. Bulan ni memang pack dengan aktiviti luar ditambah dengan PRU 13 yang semakin hampir. Anyway kali ni, kita akan membincangkan masalah sakit tuan iaitu masalah prostat bengkak atau Prostate Enlargement.

Pembesaran prostat benign/bukan kanser (BPH) berlaku dalam 60% lelaki berumur antara 40-60, meningkat kepada 90% pada umur 70 tahun. Ketidakseimbangan hormon antara faktor yang menyebabkan berlaku lebihan sel-sel prostat menyebabkan BPH. Gejala termasuk bengkak kelenjar, sukar (perlu membuang air kecil tetapi anda tidak boleh), kerap membuang air kecil dan air kencing meleleh. BPH perlu disahkan oleh doktor anda untuk mengesah dan mengasingkan masalah yang lebih serius seperti jangkitan atau kanser. Rawatan yang biasa untuk BPH dengan perubatan moden termasuk ubat-ubatan yang menghalang hormon yang mengawal pertumbuhan prostat dalam kelenjar prostat. Jika prostat menjadi terlalu besar, pembedahan mungkin diperlukan. Jika pembesaran tidak terlalu teruk, maka ada peluang untuk mencuba beberapa teknik qigong untuk mengurangkan pertumbuhan prostat. Hadkan minuman pada waktu malam dan kafein yang meningkatkan pengeluaran air kencing dan mengganggu pundi kencing, hadkan penggunaan ubat yang tidak perlu yang membuat pembuangan air kecil lebih sukar. 

Qigong menganggap masalah prostat berkaitan dengan terlalu banyak kelembapan dalam perut dan kelemahan tenaga dalam buah pinggang. Dari segi diet, untuk mengurangkan kelembapan dalam badan, elakkan terlalu banyak makanan mentah, sejuk, manis, atau mucusforming food seperti daging, telur, produk tenusu, lemak dan mentega, makanan goreng, marjerin, minyak, makanan berminyak seperti kacang dan biji (terutamanya kacang), makanan yang mengandungi pekat pemanis, garam halus (garam), garam yang berlebihan dalam apa jua bentuk dan kerang. Elakkan terlalu banyak mengambil buah-buahan, mengelakkan makanan yang kompleks seperti ais krim, makan lewat malam, dan makan berlebihan. 


Makan makanan yang berkelembapan kering seperti jagung, saderi, salad, labu, daun bawang, lobak, lada putih dan madu mentah. Untuk membantu membina tenaga buah pinggang (Yang), makanlah  jintan manis, lada hitam, halia, kulit kayu manis, walnut, kacang hitam, keluarga bawang (Bawang putih, bawang, Daun Bawang, sayur), ayam, kambing, trout dan salmon, serta pasli, gandum, dan beras manis untuk tenaga buah pinggang umum. Elakkan makanan sejuk dan buah-buahan, makanan mentah, dan garam yang berlebihan. Adalah baik untuk menambah rumpai laut sedikit ke dalam diet anda dengan makanan atau sebagai makanan tambahan untuk mengimbangi tindakan pemanasan yang membina di buah pinggang, tetapi tidak terlalu banyak jika anda berasa sejuk. Tambahan untuk membina tenaga buah pinggang seperti tiram, kerang, dan teh herba, raspberry dan daun blackberry. Sila beritahu doktor anda jika anda menggunakan mana-mana makanan tambahan kerana ia boleh menjejaskan ujian tertentu seperti ujian saringan PSA untuk prostat kanser.

Qigong adalah latihan senaman pernafasan. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada Sang Pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada setiap penjuru badan agar sihat dan kuat.


Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak kaki). Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan. 

Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah..

BTW, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat mengundi semua, pilihan di tangan anda..

Saturday, March 23, 2013

Merasa Getaran Qi

Salam. Untuk bulan ini, saya akan menjawab persoalan utama yang dikemukan oleh ramai student, iaitu tentang cara nak rasa Qi itu sendiri. So, article kali ini lebih teknikal dan mengkaji dengan lebih dalam lagi tentang Qi.

First of all, apakah itu Qi dan bagaimanakah tubuh manusia boleh rasa Qi? Saintifik, kita tidak tahu apa itu Qi. Ramai orang menganggap ia adalah beberapa jenis gelombang elektromagnet. Dalam badan, Qi boleh menjadi fenomena elektrokimia serupa bagaimana saraf menghantar impuls kimia melalui badan. Apa itu Qi tetap akan kekal misteri sehingga ia dapat dibuktikan di dalam makmal. 
Walaupun kita tidak tahu mekanisme, badan tetap boleh rasa Qi. Tanpa latihan apa-apa,  50% daripada orang boleh merasa Qi pada percubaan pertama dan dengan sedikit amalan kebanyakan orang boleh merasa Qi. Jika anda tidak pernah merasa Qi sebelum ini, cuba teknik berikut.
 

Teknik tangan untuk merasa Qi
Letakkan tapak tangan anda menghadap satu sama lain dan rehatkan bahu anda. Ambil nafas dan biarkan ia pergi. Sambil menyedut nafas perlahan-lahan gerakan tapak tangan dan jauhkan dari satu sama lain. Bila menghembus nafas rapatkan kembali tangan anda ke arah satu sama lain tanpa menyentuh. Tarik nafas dan selarikan dengan pergerakan tangan dan begitu juga bila menghembus nafas. Teruskan menarik dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan. Bila menarik nafas (open) jauhkan tapak tangan dan fikirkan alam semesta dan (close) bila merapatkan tangan fikirkan diri didalam atau tapak tangan. Teruskan lakukan selarikan pergerakan dengan pernafasan, masa ini perlahan-lahan membawa tangan lebih dekat dan lebih dekat bersama-sama sehingga anda mencapai jarak di mana anda notis beberapa sensasi antara tapak tangan. Bolehkah anda merasa apa-apa sensasi, semutan, tekanan ataupun getaran?

Sensasi kesedaran badan terhadap Qi
Badan kita mempunyai cara untuk mengesan Qi jika kita rileks dan tanpa mengira sama ada kita memahami bagaimana ianya boleh dirasa. Bagaimana badan kita rasa Qi? Apabila kita melihat ke langit biru, ia adalah retina di mata kita yang menerima input dan isyarat yang dibawa ke otak untuk interpretasi. Apabila kita menutup mata dan bayangkan langit biru, otak tetap akan menerima isyarat  walaupun kita menyedarinya berbeza daripada melihat dengan mata fizikal. Tetapi, apabila kita sedang tidur dan kita lihat langit biru dalam mimpi kita, ia berasa sangat berbeza daripada membayangkan langit biru dan lebih "jelas" (real) daripada imaginasi kita.

Apabila kita berada dalam keadaan mimpi kita boleh melihat warna, rasa graviti, berasa melakukan senaman fizikal tetapi ia tidak datang dari mana-mana saraf di dalam badan. Apabila kita melihat warna dalam imaginasi kita, ia bukan retina yang menerima input. Apabila kita mengangkat sesuatu di dalam mimpi, ia bukan otot yang merasa berat. Otak kita mempunyai sensasi yang tersimpan (callibration) di dalam otak kanan dan boleh mengulangi persepsi apabila logik (otak kiri) memerlukan. Otak juga boleh menerima getaran apabila kita lebih peka dan redha, pasrah dan berserah dengan getaran kehidupan alam semesta. Saya percaya bahawa otak kita juga mempunyai keupayaan untuk menterjemahkan isyarat persepsi tenaga dan menghidupkan mereka ke dalam sensasi fizikal menggunakan logik daripada otak kiri. Sebagai contoh, jika tenaga yang banyak di sesuatu kawasan, maka kita mungkin boleh merasa getaran panas, sejuk, melekit atau berat.

Saya pernah menonton rancangan Discovery channel suatu masa dahulu tentang "Electric Shark Sense" yang saya fikir mempunyai implikasi untuk memahami bagaimana manusia boleh rasa Qi. Menurut rancangan itu, jerung mempunyai reseptor dalam kulit mereka yang membolehkan mereka untuk mengesan pergerakan dalam jarak yang amat jauh dengan mengesan getaran elektrik. Pada jarak dekat, jerung boleh rasa bahawa ader makanan berdekatan walaupun di air keruh kerana ia boleh merasa getaran elektrik daripada ikan-ikan yang lain. Penyelidikan untuk menemui dan memahami bagaimana reseptor berfungsi menjangkau 330 tahun. Reseptor pertama kali ditemui pada 1678 tetapi ia mengambil masa berabad-abad untuk mendedahkan fungsi mereka. Ini mungkin kerana terdapat beberapa jenis reseptor dalam kulit manusia yang memberikan kita keupayaan untuk merasa Qi. Reseptor mungkin sudah ditemui tetapi masih belum difahami sepenuhnya dalam mentafsir misteri alam semula jadi.


Latihan minda untuk mengesan Qi
Sebagai pengamal Qigong, matlamat kita adalah untuk mengesan dan mengawal aliran Qi dalam badan untuk kesihatan atau aplikasi mempertahankan diri. Ada satu prinsip penting dalam Qigong yang minda membawa Qi. Di mana minda/fikiran pergi, Qi akan mengikut. Apakah hubungan antara fikiran dan Qi? Kita tahu daripada kajian saintifik bahawa otak mengeluarkan gelombang elektrik. Mungkin melalui tumpuan mental otak, kita boleh mengeluarkan sejenis gelombang pembawa, serupa dengan apa yang radio pemancar gunakan untuk menghantar maklumat. Walaupun kita tidak tahu mekanisme ini, prinsip-prinsip untuk latihan minda telah diamalkan selama beribu tahun dan proses itu boleh dipelajari oleh mana-mana pengamal.

Teknik tangan yang diajar di atas adalah cara paling mudah untuk mewujudkan kesedaran Qi. Mengesan Qi dalam badan biasanya memerlukan usaha yang lebih untuk berjaya. Anda mungkin berasa sensasi seperti semutan, kehangatan, pergerakan, atau pengembangan. Notis semua sensasi yang anda rasa.
Ulangi teknik tangan dan ikuti emosi dan perasaan melalui seluruh badan anda. Rasakan sensasi yang mendalam dalam badan anda.  Kecekapan mengesan Qi dalam badan datang melalui amalan. Mengesan Qi adalah langkah penting dalam pembelajaran untuk mengawal pergerakan untuk meningkatkan kesihatan dan menguatkan badan. Minda dan Qi dihubungkan sepenuhnya. Dan bila kesedaran dalaman anda berkembang, keupayaan anda untuk membimbing dan mengawal Qi akan meningkat.

Qigong adalah latihan pernafasan. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan Qi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) Qi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada Sang Pencipta diatas niat,  sarana dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada setiap penjuru badan agar sihat dan kuat.

Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak kaki). Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan.

Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah..

Saturday, February 16, 2013

o2 Oksigen

Salam. Artikel kali ini lebih kepada sambungan daripada topik "Bernafaslah dengan Betul" tapi kita explore lebih dalam lagi tentang keseimbangan alkali dan asid didalam badan kerana semuanya berbalik pada pernafasan dan oksigen.
 
pH badan anda mempengaruhi segala-galanya dan mengimbangi pH merupakan satu langkah utama ke arah kesejahteraan dan kesihatan yang lebih besar. Kealkalian membantu untuk meningkatkan tahap oksigen dalam badan dan ini membantu dalam memerangi penyakit. Apabila darah beralkali, ia mampu untuk mengandungi lebih banyak oksigen. Ini akan membawa badan kepada tahap pH yang sihat dianggarkan 7.4, yang membantu untuk menepukan sel-sel darah merah dengan penyembuhan dan oksigen. Skala pH adalah 0-14, dimana 0-7 adalah berasid dan 8-14 adalah beralkali dan pH 7.0 adalah neutral. pH darah manusia perlu sedikit beralkali (7.35-7.45). Bawah atau di atas skala ini bermakna gejala dan penyakit kepada tubuh badan.

pH berasid boleh berlaku bila pemakanan asid terbentuk, tekanan emosi, beban toksik, dan / atau reaksi imune sistem atau mana-mana proses yang menafikan sel-sel oksigen dan nutrien lain. Badan akan cuba untuk mengimbangi pH berasid dengan menggunakan mineral alkali. Jika diet tidak mengandungi mineral-mineral yang cukup untuk digantikan, pembinaan asid di dalam sel-sel akan berlaku.

Asid yang berlebihan akan:

  • mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap mineral dan nutrien lain. 
  • mengurangkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel. 
  • mengurangkan keupay
  • aan untuk membaiki sel-sel yang rosak.
  • mengurangkan keupayaan untuk menyahtoksik logam berat.
  • membuat sel-sel tumor berkembang. 
  • membuat badan lebih mudah terdedah kepada keletihan dan penyakit.
 
Bila pH darah turun ke 6.9 iatu hanya sedikit berasid, itu sudah cukup untuk menyebabkan koma dan kematian. Asidosis adalah lebih biasa dalam masyarakat kita kerana kebanyakannya disebabkan oleh diet pemakanan orang Malaysia, yang terlalu tinggi asid hasil dari produk haiwan seperti daging, telur dan tenusu, dan terlalu rendah pula dalam pemakanan yang menghasilkan alkali seperti sayur-sayuran segar. Selain itu, kita makan asid dari makanan yang diproses seperti tepung putih dan gula dan asid minuman seperti kopi dan minuman ringan. Tidak hairanlah kenapa Malaysia adalah negara no 1 di Asia tenggara bagi masalah obesseti. Kita menggunakan terlalu banyak makanan yang membentuk asid terutamanya sweetners kimia tiruan seperti Nutrasweet, Spoonful, Sweet 'N Low atau Equal, yang boleh dianggap macam racun kerana membentuk asid. Salah satu perkara terbaik yang boleh kita lakukan untuk membetulkan badan yang terlalu berasid adalah dengan membersihkan diet dan gaya hidup.
 

Untuk mengekalkan kesihatan, diet harus terdiri daripada makanan 60% membentuk alkali dan asid makanan membentuk 40%. Untuk memulihkan kesihatan, diet harus terdiri daripada 80% makanan yang membentuk alkali dan asid makanan membentuk 20%. Secara umumnya, alkali makanan termasuk kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran hijau, kekacang, rempah ratus, herba dan perasa, dan biji-bijian. Secara umumnya, makanan pembentuk asid termasuk daging, ikan, ayam, telur, bijirin, dan kekacang. Selain daripada diet, senaman adalah satu cara untuk meningkatkan alkali dan oksigen didalam badan.
 
Qigong adalah latihan senaman pernafasan. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada Sang Pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada setiap penjuru badan agar sihat dan kuat.

Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak kaki). Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan.

Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah..

Sunday, January 6, 2013

Rawat Asma dgn Qigong


Salam. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Programlah minda anda untuk lebih berfikiran positif atas apa yang akan berlaku. Anyway, kali ini saya nak cerita mengenai  asma. Lebih sepuluh tahun lalu, saya mula menghadiri kelas Qi Gong dengan seorang kawan. Beliau  baru saja mengikuti kelas tersebut, tidak mahu pergi bersendirian, dan saya fikir ia tidak akan menyakiti saya untuk belajar bagaimana untuk beriadah sedikit. Enam bulan saya dalam kelas asma hilang sepenuhnya. Saya terkejut. Asma telah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya sejak saya masih seorang kanak-kanak lagi. Dan ia telah hilang dan pergi sepenuhnya tanpa sebarang kesan.
 

Itu adalah permulaan saya dedikasi kepada bidang senaman Qigong. Penyembuhan asma saya adalah satu misteri yang besar kepada saya pada masa itu, sekarang saya tahu bagaimana ia berlaku dan bagaimana untuk membantu orang lain mencapai matlamat yang sama. Asma boleh dikaitkan kepada beberapa ketidakseimbangan dalam tenaga sistem badan, terutamanya paru-paru, buah pinggang, atau limpa atau gabungan ketiga-tiganya sekali. Sila ambil perhatian bahawa apabila bercakap tentang tenaga sistem dalam Traditional Chinese Medicine (TCM), amalan biasa adalah untuk mengaitkan mereka dengan nama-nama organ tetapi itu tidak membayangkan bahawa terdapat masalah fizikal dengan organ sebenar di dalam badan. Bagi individu asma yang berkaitan denagan paru-paru, terdapat juga pelbagai gejala paru-paru yang lain. Jika tenaga paru-paru yang ada,gejala asma mungkin menjadi lebih teruk pada musim tengkujuh, mungkin ada masalah resdung dan ekzema atau psoriasis juga. Terdapat juga masalah dengan usus besar. Emosi, individu mungkin telah mengalami beberapa tekanan/stress yang besar dalam kehidupan mereka dan kerap berasa sedih.

Dalam TCM dikatakan bahawa "buah pinggang menyempitkan udara " yang bermaksud bahawa terdapat gangguan pada tenaga Buah Pinggang yang membantu nur mengalir jauh ke dalam badan. Apabila tenaga buah pinggang tidak stabil maka nafas boleh menjadi pendek atau cetek dan batuk. Bagi individu dengan tenaga buah pinggang asma yang berkaitan, gejala mungkin lebih teruk dalam musim sejuk atau apabila terdedah kepada kesejukan udara, asma mungkin bermula sejak anak kecil atau mungkin menjadi kelemahan umum dalam badan orang itu. Emosi orang ini mungkin berasa beku atau takut. Bagi individu ini ia adalah perlu untuk membina tenaga buah pinggang semula dan Pengantaraan Dantian teknik terbaik untuk ini.

Tenaga Limpa membantu badan untuk mengekalkan jumlah yang sesuai pelincir kelembapan tetapi apabila ia depleted/kebocoran maka masalah imbangan menyebabkan kesesakan, keradangan, dan bengkak boleh berlaku. Bagi individu Asma yang bermasalah dengan tenaga Limpa, gejala mungkin termasuk batuk kahak. Emosi orang ini mungkin cenderung untuk lebih berfikir tentang perkara negatif, bimbang, berasa terharu, atau rasa kekurangan.

Diet adalah faktor yang sangat penting untuk mengubati asma. Produk susu harus dielakkan, terutama ais krim. Jika anda mempunyai asma dengan kahak maka barli adalah baik untuk anda, jika anda mempunyai asma dengan batuk kering, beras adalah lebih baik. Makanan yang membantu adalah makanan vitamin A seperti spirulina, aprikot, labu, lobak merah, sawi, dan lain-lain sayur-sayuran hijau, Omega-3 asid lemak, badam, dan walnut adalah terbaik. Sebagai peraturan umum, sila elakkan apa-apa makanan yang anda tahu anda alah atau yang memberi masalah pencernaan. Bagi mereka berjuang dengan asma, pernafasan boleh menjadi fizikal dan boleh mempengaruhi emosi. Asma menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan menyingkirkan asma memerlukan individu untuk menukar gaya hidup mereka. Untuk memudahkan anda bernafas, Lakukan kedua-dua latihan, meditasi, dan perubahan diet. Kebanyakan orang mengalami peningkatan dalam tiga hingga enam bulan. Penambahbaikan akan berlaku lebih cepat jika anda juga menerima Qi Terapi atau akupunktur treatment.

Qigong adalah latihan pernafasan. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada sang pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada   paru-paru, buah pinggang dan limpa agar sihat dan kuat. 

Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di paru-paru, buah pinggang dan limpa keluar ke yunchuen. Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan paru-paru, buah pinggang dan limpa anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada paru-paru, buah pinggang dan limpa anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan paru-paru, buah pinggang dan limpa anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan. 

Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada paru-paru, buah pinggang dan limpa untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah..