Salam. Selamat berpuasa bg yg berpuasa. Dah lama tak menulis, terlalu sibuk dgn aktiviti bulan ramadhan. So kali ni nak sentuh bab puasa kerana banyak rahsia didalamnya yang tidak dibuka kepada awam. Apakah yang anda rasa bila anda berpuasa? Lapar, dahaga, cepat marah? letih? Itu semua kesan sampingan pada tubuh dan jiwa apabila nafsu diawasi dan dikenali.

Lets go deep and try to understand ourself, dimana kita sebagai entiti saikologi yang merasa berbagai kesusahan hidup, kesakitan dan kesengsaraan, keseronokan dan kebahagian, lapar, dahaga dan seribu macam rasa lagi. Persoalannya dimana kah rasa itu? Apakah otak yang merasa dan mengubah sensori informasi kepada neuron atau otak pun hanyalah benda yang mati yang tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana yang merasa itu adalah di hati sanubari ataupun jantung dan bukanya di otak ataupun liver.
Semasa berpuasa aurat di jaga dimana mata, mulut, telinga, hidung dan dua lubang kemaluan itu diawasi agar tidak membatalkan puasa. Namun apa yang sebenarnya ialah kesemua pintu dan pancaindera tersebut turun ke hati yang merasa lapar dan dahaga, dan segala rasa yang lain. Yang penting hati itu perlu di dorongkan ke arah nyawa atau roh yang tidak lapar & dahaga, tidak makan & minum. Jangalah hati itu turut serta dengan kehendak pancaindera atau pintu aurat tersebut kelak diri hanya akan bertuhankan hawa nafsu tubuh badan yang penuh dengan persoalan dan permasaalahan. Tahukah anda terdapat banyak kes kerasukan dan gangguan didalam bulan ramadhan ini. Kenapakah ini berlaku? Bukankah syaitan dan jin dirantai pada bulan ramadhan seperti dijelaskan dalam hadis? Hadis dan Alquran itu benar cuma manusia punya kesedaran yang berbeza untuk mengkaji dan menerima sesuatu barang. Sebagai makhluk tuhan yang sentiasa menghijab dirinya pada yang Esa,
disebabkan nafsu yang menguasai hati nurani adalah dengan megadakan
latihan berpuasa itu diharapkan agar dapat menundukan nafsu dan syaitan
didalam diri sendiri.

Berbalik kepada puasa, perasaan lapar dan dahaga itu sebenarnya dirasai
oleh hati/al-qalb/jantung apabila kesedaran itu masih terletak pada
jasad/nafs ataupun nafsu. Ketahuilah apabila kesedaran kita telah berkalih
daripada tubuh kepada kesedaran roh/nyawa/nafas/sir(ketuhanan), kesemua
rasa kesakitan dan kesengsaraan, keseronokan dan kebahagian,
lapar,dahaga itu akan lenyap sama sekali yang tinggal hanya rasa hening
dan tenang dan desing halus.... Didalam kesedaran ketuhanan, gelora
nafsu itu telah lebur dan yang tinggal adalah rasa ketenangan kerana
diri telah tiada dan yang ada hanya Dia. Tidakkah kita hendak mencapai
ke tahap itu ataupun anda tidak merasa perlu untuk menuju kedaerah
ketuhanan yang jauh lebih tinggi dari nafsu tubuh yang dibayangi
syaitan. Tepuk dada, tanya selera, kalau kail panjang sejengkal, lautan
dalam jangan diduga. Apapun, kita sebagai manausia sentiasa kalah dalam
kehiduapan dan kemenangan hanyalah milik yang Maha Esa jua kerana kita
hidup atas muka bumi ini hanya atas ehsanNya.
Diri (Nyawa/Roh/Sir) sentiasa berpuasa dan latihan berpuasa agar kita dapat mengalihkan kesedaran tubuh/nafsu kepada kesedaran ketuhanan/Roh/Nyawa yang tidak makan dan minum dan sentiasa suci, maha suci dari sebarang kekotoran dan kecelaan. Seperti turun dan naiknya nafas yang penuh dengan kasih dan sayang dari yang maha Esa kepada hamba-hambanya didalam mencari keredhaan dan akur tanpa ada rasa lapar dan dahaga.

Ini semua semenangnya selaras dengan latihan senaman qigong. Qigong
adalah latihan pernafasan yang meletakkan kesedaran dan penguasaan diri yang haq keatas keberadaan/individu/kebendaan. Setiap pergerakan diselarikan dengan
pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk
mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik.
Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan
boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah
kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi
ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan
menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif
itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan
kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada
Sang Pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah
dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada setiap
penjuru badan agar sihat dan kuat.
Selalulah
amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan
emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak
kaki). Apabila
anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh
badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi
negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan
bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang
dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di
setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan.

Senaman
Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan
visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga,
oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan
mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat
mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang
lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang
telah ditakdirkan. InsyaAllah..
Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Memandu di jalan Raya.
No comments:
Post a Comment