Salam. Artikel
kali ini lebih kepada sambungan daripada topik "Bernafaslah dengan
Betul" tapi kita explore lebih dalam lagi tentang keseimbangan alkali dan asid didalam
badan kerana semuanya berbalik pada pernafasan dan oksigen.
pH badan anda mempengaruhi segala-galanya dan mengimbangi pH merupakan satu langkah utama ke arah kesejahteraan dan kesihatan yang lebih besar. Kealkalian membantu untuk meningkatkan tahap oksigen dalam badan dan ini membantu dalam memerangi penyakit. Apabila darah beralkali, ia mampu untuk mengandungi lebih banyak oksigen. Ini akan membawa badan kepada tahap pH yang sihat dianggarkan 7.4, yang membantu untuk menepukan sel-sel darah merah dengan penyembuhan dan oksigen. Skala pH adalah 0-14, dimana 0-7 adalah berasid dan 8-14 adalah beralkali dan pH 7.0 adalah neutral. pH darah manusia perlu sedikit beralkali (7.35-7.45). Bawah atau di atas skala ini bermakna gejala dan penyakit kepada tubuh badan.
pH berasid boleh berlaku bila pemakanan asid terbentuk, tekanan emosi, beban toksik, dan / atau reaksi imune sistem atau mana-mana proses yang menafikan sel-sel oksigen dan nutrien lain. Badan akan cuba untuk mengimbangi pH berasid dengan menggunakan mineral alkali. Jika diet tidak mengandungi mineral-mineral yang cukup untuk digantikan, pembinaan asid di dalam sel-sel akan berlaku.
Asid yang berlebihan akan:
- mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap mineral dan nutrien lain.
- mengurangkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel.
- mengurangkan keupay
- aan untuk membaiki sel-sel yang rosak.
- mengurangkan keupayaan untuk menyahtoksik logam berat.
- membuat sel-sel tumor berkembang.
- membuat badan lebih mudah terdedah kepada keletihan dan penyakit.
Bila pH darah turun ke 6.9 iatu hanya sedikit berasid, itu sudah cukup untuk menyebabkan koma dan kematian. Asidosis adalah lebih biasa dalam masyarakat kita kerana kebanyakannya
disebabkan oleh diet pemakanan orang Malaysia, yang terlalu tinggi asid hasil dari produk haiwan seperti daging, telur dan tenusu, dan
terlalu rendah pula dalam pemakanan yang menghasilkan alkali seperti sayur-sayuran
segar. Selain
itu, kita makan asid dari makanan yang diproses seperti tepung
putih dan gula dan asid minuman seperti kopi dan
minuman ringan. Tidak hairanlah kenapa Malaysia adalah negara no 1 di Asia tenggara bagi masalah obesseti. Kita menggunakan terlalu banyak makanan yang membentuk asid terutamanya sweetners kimia tiruan seperti Nutrasweet, Spoonful, Sweet 'N Low atau Equal, yang boleh dianggap macam racun kerana membentuk asid. Salah
satu perkara terbaik yang boleh kita lakukan untuk membetulkan badan yang terlalu berasid adalah dengan membersihkan diet dan gaya hidup.
Untuk mengekalkan kesihatan, diet harus terdiri daripada makanan 60% membentuk alkali dan asid makanan membentuk 40%. Untuk memulihkan kesihatan, diet harus terdiri daripada 80% makanan yang membentuk alkali dan asid makanan membentuk 20%. Secara
umumnya, alkali makanan termasuk kebanyakan buah-buahan,
sayur-sayuran hijau, kekacang, rempah ratus, herba dan perasa,
dan biji-bijian. Secara umumnya, makanan pembentuk asid termasuk daging, ikan, ayam, telur, bijirin, dan kekacang. Selain daripada diet, senaman adalah satu cara untuk meningkatkan alkali dan oksigen didalam badan.
Qigong adalah latihan senaman pernafasan. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada Sang Pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada setiap penjuru badan agar sihat dan kuat.
Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak kaki). Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan.
Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment