Wednesday, September 26, 2012

Bernafaslah dengan Betul

Salam. Nafas adalah satu-satunya kurniaan tuhan kepada manusia. Nafas dapat merawat masalah fisikal badan dan juga gangguan halus sama ada dari sihir atau pun saka ialah dengan mengeluarkan penyakit dari diri serta memastikan pesakit mempunyai sistem pertahanan yang kuat agar badan sihat dan kuat sehingga segala iblis atau jin tidak dapat menembusinya lagi setelah ia sembuh.
Setiap kita yang hidup mesti mempunyai nafas, melihat, mendengar, merasa dan ini semua termasuk di dalam sifat al hayat (bacalah coretan saya). Kita boleh hidup tanpa mata, telinga, tangan dan anggota tubuh yang lain tetapi kita tidak boleh hidup tanpa nafas. Kita boleh berjalan, berkata-kata dan melakukan apa saja, ini semua berlaku kerana qudrat dan iradat dari Sang Pencipta. Dan nafas berada di dalam qudrat dan iradat Sang Pencipta.

Di mana permulaan dan letaknya nafas ini?
Untuk mengetahuinya kita harus kembali pada asal kejadian kita iaitu di antara pertalian ibu dan anaknya. Mula terjadi benih diperut ibu ialah di bahagian pusat (Daan Tien). Di situlah mulanya nafas dan dari situ bermula benih itu membesar menjadi anggota tubuh yang sempurna.

Dimanakah letaknya rahsia diri kita yang sebenarnya?
Letaknya rahsia diri kita ialah di pusat (Dan Tien). Kerana di situlah mulanya kejadian kita. Dan situlah letaknya pengenalan kita pada sang pencipta. Untuk mencapai ke maqam tersebut perbanyakan lah membuat pernafasan menggunakan perut (Tarik nafas..., kembangkan perut...., tahan! dan lepaskan perlahan-lahan.., kempiskan perut..)

Bernafas yang dalam merupakan faktor paling mendasar untuk menghasilkan trance, yaitu keadaan dimana seseorang dapat melakukan sesuatu dengan sangat tekun dan mudah, seperti merasa masa itu terhenti dan anda dalam keadaan tenang dan damai. Hal ini disebabkan karena kekuatan otak yang meningkat beberapa kali ganda.

Pernafasan mempunyai pengaruh potensial pada pikiran karena :
 Meningkatkan jumlah oksigen yang tersedia di otak, dan otak memerlukan oksigen jauh lebih banyak ketika berfungsi pada otak kanan.
 Membuat tubuh rileks dan membersihkan pikiran dari ketegangan.
 Menetapkan irama otak yang membawa harmoni pada kondisi gelombang alpha 8-12 cps

Qigong mengajar kita bernafas dengan lembut dengan pergerakan tubuh secara fitrah. Bayi yang tidur bernafas dengan fitrah dimana anda boleh melihat kelembutan pernafasan itu di perut bayi yang turun dan naik. Akan tetatpi apabila kita meningkat dewasa kita mula lupa pergerakan pernafasan secara fitrah dan bernafas dengan dada.
Oleh kerana itu, udara atau oksigen yang disedut adalah kurang sempurna dan tidak sampai ke sel-sel badan yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Ini kerana pernafasan yang menggunakan abdominal adalah lebih sempurna dan fitrah pergerakan badan yang boleh membantu oksigen untuk sampai lebih jauh ke sel-sel badan.

Ok, now tanda-tanda awal orang yang kekurangan oksigen adalah seperti berikut:
- Kelesuan, masalah peredaran darah, masalah penghadaman, kesakitan otot,
- Pening, kemurungan, hilang ingatan, tidak rasional, lekas marah,
- Perut berasid dan masalah pernafasan.
Jika dilihat tanda2 diatas, ramai pesakit gangguan makhluk halus menghadapai tanda-tanda seperti diatas. Jelas badan manusia hari ini tidak berfungsi dengan berkesan disebabkan kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen yang kronik, atau keadaan anaerobik, pada tahap sel akan membawa kepada pengumpulan toksin berbahaya dan kumuhan berasid di dalam sistem kita, menjadikannya tempat pembiakan bakteria, virus dan patogen. Lebihan kumuhan berasid di dalam badan manusia adalah penyebab utama penyakit. Keadaan anaerobik boleh menyebabkan mutasi sel (Kanser).

Apabila sistem imun mengalami kekurangan oksigen, badan akan menjadi lebih terdedah kepada jangkitan bakteria, virus dan parasit, serta demam selesema. Kekurangan oksigen boleh juga membawa penyakit yang membawa maut seperti kanser. Kanser dan kebanyakan jangkitan atau penyakit tidak boleh hidup di dalam persekitaran yang kaya dengan oksigen. Menurut Dr. Otto Warburg, pemenang Hadiah Nobel sebanyak 2 kali, “Penyebab utama kanser adalah penggantian pernafasan biasa sel badan dengan pernafasan sel secara anearobik ( kekurangan oksigen).
Salah satu cara yang kita boleh amalkan untuk meningkatkan kadar oksigen dalam badan kita ialah menjaga air minuman kita. Minumlah air yang berfungsi antioksidan dan juga mengandungi oksigen yang lebih tinggi setiap hari. Ini adalah kerana sel-sel kanser tidak boleh hidup dalam kehadiran paras oksigen yang tinggi. Untuk memahami bagai mana peranan oksigen dalam badan mempengaruhi pertumbuhan sel kanser anda harus faham peranan Alkali dan Asid dalam badan manusia.
Tisu-tisu badan yang di serang kanser mempunyai kandungan asid yang sangat tinggi .Manakala tisu-tisu sihat adalah beralkali . Air (H2O) terurai menjadi H+ ( mengandungi cas Positif ) dan OH- ( Mengandungi cas Negetif ). Apabila satu penguraian mengandungi lebih banyak H+ daripada OH- Ini akan membentuk persekitaran dalam badan menjadi asid. Dengan istilah yang paling mudah, persekitaran ini amat sesuai untuk sel kanser merebak. Apabila ia mengandungi lebih banyak OH- daripada H+ dikatakan sebagai alkali. Persekitaran maut bagi sel kanser. Oleh itu minumlah lebih banyak air zam-zam, kerana ia adalah air yang paling berakali didunia.
Qigong adalah latihan pernafasan. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada sang pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada sel otak, jantung, paru-paru dan abdomen agar sihat dan kuat.
Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen. Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti dua belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan.

Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah..

1 comment:

Lanun Darat said...

Info yang sangat bermanfaat terutamanya kepada sesiapa yang pernah menjalani latihan qigong.

tqvm

Zaimi