Salam semua. Bulan ni memang pack dengan aktiviti luar ditambah dengan PRU 13 yang semakin hampir. Anyway kali ni, kita akan membincangkan masalah sakit tuan iaitu masalah prostat bengkak atau Prostate Enlargement.


Qigong menganggap masalah prostat berkaitan dengan terlalu banyak kelembapan dalam perut dan kelemahan tenaga dalam buah pinggang. Dari segi diet, untuk mengurangkan kelembapan dalam badan, elakkan terlalu banyak makanan mentah, sejuk, manis, atau mucusforming food seperti daging, telur, produk tenusu, lemak dan mentega, makanan goreng, marjerin, minyak, makanan berminyak seperti kacang dan biji (terutamanya kacang), makanan yang mengandungi pekat pemanis, garam halus (garam), garam yang berlebihan dalam apa jua bentuk dan kerang. Elakkan terlalu banyak mengambil buah-buahan, mengelakkan makanan yang kompleks seperti ais krim, makan lewat malam, dan makan berlebihan.


Qigong adalah latihan senaman pernafasan. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada Sang Pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada setiap penjuru badan agar sihat dan kuat.
Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak kaki). Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan.
Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah..
BTW, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat mengundi semua, pilihan di tangan anda..