So the story begins.. Satu pagi aku beli nasi lemak dan round sekitar tmn aku di Tmn Tasik Sri Gombak. Mmg taman tasik ini ader serinya.. Setiap kali aku berlatih qigong di situ ramai yang datang tengok. Yg ramai tu adalah makhluk halus..
Anyway, aku nak citer pasal sifat malas ni.. Ianya adalah satu penyakit yang tiada ubatnya kecuali empunya diri dapat menguatkan jati dirinya untuk melawan sifat itu. So kita continue story aku tadi. Anyway back to my story, ... di taman tasik ini aku lihat ramai orang beriadah. Namun yang menangkap mata ku ialah rata-ratanya warga tua cina yang sedang asyik dan kusyhuk dengan senaman masing-masing. Ader yang berkumpulan dan sedang menggerakan tangan dan kaki dengan alunan alam. Ader siap dengan radio dgn lagu nya sekali. Tapi dimana kah bangsa ku ketika itu??? Tidur ker? Ader rahsia kenapa waktu awal pagi itu adalah waktu terbaik untuk senaman. Chi paling fresh time tu kerana pagi adalah satu permulaan kehidupan.
Yes, kita bangun awal menunaikan solat fardhu subuh. Tapi aper kita buat lepas tu ?.. Tepuk dada tanya selera. Rugi.. rugi.. betul lah manusia itu sentiasa dlm kerugian tetapi tidak bagi orang yang mengetahuinya. The greatest enemy is ourself dan jihad paling besar ialah hawa nafsu diri sendiri.
Malas ni hawa nafsu ker? Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya
menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan.
Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun
dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan
ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai
oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis
riwayat Muslim)
Rasulullah SAW pernah bertanding berlumba lari dengan isterinya, Saidatina
Aisyah ketika bermusafir. Ada ketikanya Baginda menang dan ada ketikanya
Rasulullah SAW kalah dalam perlumbaan itu. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan
kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas
datangnya dari badan yang sihat’.
Ini semua semenangnya selaras dengan latihan senaman qigong. Qigong adalah latihan pernafasan. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada Sang Pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada setiap penjuru badan agar sihat dan kuat.
Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak kaki). Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan.
Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah..