Gangguan makhluk halus ini selalunya disebabkan oleh sihir, saka, santau, lintasan, terpijak, tersampok, dll. Makhluk halus (Dirty Entity) ataupun jin dikenali juga oleh masyarakat di Malaysia sebagai hantu raya, bunian, jembalang, roh sesat dll.
Makhluk ini selalunya jarang menyerang manusia kecuali atas sebab2 yang tersebut diatas. Sebaik memasuki badan manusia, makhluk halus ini boleh berada di mana sahaja didalam badan manusia dan tempat yang paling digemari adalah otak, jantung, perut, sendi, tulang dan saraf. Di alam besar makhluk ini suka mendiami di celahan batu dan di alam kecil (badan manusia) mereka suka berada di celahan tulang dan sendi. Makhluk halus ini menyebabkan masalah perjalanan darah tersekat, tersangkut atau perlahan menyebabkan sakit kepala, sakit sendi, saraf, sakit dada, dan masalah perut kembung dan angin dalam badan dan akhirnya badan menjadi lemah. Ini adalah kerana pengaliran darah tidak mengalir sempurna ke urat saraf dan sendi.

Organ paru-paru, hati dan limpa sering menjadi serangan makhluk halus ini menyebabkan sistem immunisasi badan menjadi rendah dan kerap berlaku demam. Kandungan darah menjadi tidak normal seperti terdapat virus yang menyebabkan Hemoglobin (HB) menjadi rendah daripada 10. Perubatan modern hanya dapat mengenal pasti terdapatnya jangkitan kuman tetapi tidak tahu puncanya. Lebih serius lagi serangan makhluk halus ini boleh membawa kepada masalah emosi. Pesakit mula menjadi lekas rasa nak marah bila makhluk halus ini menguasai emosi. Ini sering berlaku pada kaum wanita dan menyebabkan timbul perasaan benci pada pasangan.

Jika selepas berjumpa doktor, anda mendapati gejala-gejala seperti yang disebut di atas masih berterusan, maka latihan qigong amat berguna untuk anda. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada sang pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. Inshaallah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada sel otak, jantung, paru-paru, hati dan limpa agar sihat dan kuat.

Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga dan darah kepada otak, limpa, paru-paru, hati dan jantung untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. Inshaallah..