Salam. Life semakin busy, setiap hari masa semakin singkat. Tarik nafas dalam dan rileks.. Artikel kali ini saya rasa terpanggil untuk clear the air pasal gangguan jin dan gangguan emosi. Ini adalah kerana ramai yang menyangka diri mereka terkena gangguan makhluk halus disebabkan sihir, saka, tersampok dan sewaktu dengan nya. Keyakinan ini telah dikuatkan lagi oleh research from the net, buku dan hearsay tentang tanda2 gangguan makhluk halus terhadap fisiologi tubuh badan.
Setiap hari ada saja pesakit yang datang ke klinik dengan simtom2 gangguan, namun tak semuanya adalah gangguan yang disebabkan oleh jin atau makhluk halus. Ini adalah
kerana kesakitan pada jasad atau badan kasar itu hanyalah tanda pada diri halus atau jiwa seseorang. Gangguan psikosomatik iaitu gangguan fizikal yang ditimbulkan oleh gangguan psikis atau gangguan jiwa atau emosi. Jadi, gangguan atau aduan ini terjadi bila seseorang ada gangguan pada kejiwaannya, baik itu gangguan yang sifatnya mikro maupun makro (misalnya kecemasan, stress, kemurungan, emosi tidak stabil, konflik, dll). Simtom yang dialami oleh setiap orang beza-beza. Biasanya berupa keluhan-keluhan ringan seperti mual, kembung perut, sakit kepala, sakit saraf dan sendi, sakit otot dan cirit-birit. Simtom yang lebih serius, seperti muntah-muntah, migrain, gatal-gatal pada kulit, demam berpanjangan, sesak nafas, dll. Walaupun secara fizikal kelihatan menggangu, namun semua keluhan itu bukan sakit fizikal pada organ dalaman badan dan seringkali dalam pemeriksaan fizikal atau blood test, MRI scan, dan sewaktu dengannya menunjukkan organ-organ badan dalam keadaan stabil dan memuaskan.
Ramai juga cancer patient yang berpunca dari gangguan emosi yang disimpan atau terpendam terlalu lama didalam diri sehingga memberi kesan pada jasad. Ini adalah kerana getaran jiwa yang negative akan memberi kesan pada sel-sel tubuh. Ada sinonim kenapa cancer patient kebanyakannya adalah wanita. Secara fitrahnya period cycle itself dah cukup membuat jiwa kacau bagi yang lemah semangat. Ini adalah sifat naluri wanita yang suka melayan emosi. It's just nature.. Dan kelemahan itu lah yang membuatkan sesuatu kesakitan itu bertambah derita. U choose which emotional state u want to be in..
Qigong adalah latihan senaman pernafasan berserta dengan sarana/sugesti positif. Dengan memberikan sugesti/sarana positif yang ditanamkan ke dalam fikiran bawah sedar, akan membantu mengubah persepsi fikiran bawah sedar terhadap keadaan psikologi yang bersifat negatif. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada Sang Pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada
setiap penjuru badan agar sihat dan kuat.
Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak kaki). Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang llahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan.
Senaman Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan visualizations (imaginasi) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga, oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang telah ditakdirkan. InsyaAllah..