Lets go deep and try to understand ourself, dimana kita sebagai entiti saikologi yang merasa berbagai kesusahan hidup, kesakitan dan kesengsaraan, keseronokan dan kebahagian, lapar, dahaga dan seribu macam rasa lagi. Persoalannya dimana kah rasa itu? Apakah otak yang merasa dan mengubah sensori informasi kepada neuron atau otak pun hanyalah benda yang mati yang tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana yang merasa itu adalah di hati sanubari ataupun jantung dan bukanya di otak ataupun liver.
Semasa berpuasa aurat di jaga dimana mata, mulut, telinga, hidung dan dua lubang kemaluan itu diawasi agar tidak membatalkan puasa. Namun apa yang sebenarnya ialah kesemua pintu dan pancaindera tersebut turun ke hati yang merasa lapar dan dahaga, dan segala rasa yang lain. Yang penting hati itu perlu di dorongkan ke arah nyawa atau roh yang tidak lapar & dahaga, tidak makan & minum. Jangalah hati itu turut serta dengan kehendak pancaindera atau pintu aurat tersebut kelak diri hanya akan bertuhankan hawa nafsu tubuh badan yang penuh dengan persoalan dan permasaalahan. Tahukah anda terdapat banyak kes kerasukan dan gangguan didalam bulan ramadhan ini. Kenapakah ini berlaku? Bukankah syaitan dan jin dirantai pada bulan ramadhan seperti dijelaskan dalam hadis? Hadis dan Alquran itu benar cuma manusia punya kesedaran yang berbeza untuk mengkaji dan menerima sesuatu barang. Sebagai makhluk tuhan yang sentiasa menghijab dirinya pada yang Esa, disebabkan nafsu yang menguasai hati nurani adalah dengan megadakan latihan berpuasa itu diharapkan agar dapat menundukan nafsu dan syaitan didalam diri sendiri.
Berbalik kepada puasa, perasaan lapar dan dahaga itu sebenarnya dirasai oleh hati/al-qalb/jantung apabila kesedaran itu masih terletak pada jasad/nafs ataupun nafsu. Ketahuilah apabila kesedaran kita telah berkalih daripada tubuh kepada kesedaran roh/nyawa/nafas/sir(ketuhanan), kesemua rasa kesakitan dan kesengsaraan, keseronokan dan kebahagian, lapar,dahaga itu akan lenyap sama sekali yang tinggal hanya rasa hening dan tenang dan desing halus.... Didalam kesedaran ketuhanan, gelora nafsu itu telah lebur dan yang tinggal adalah rasa ketenangan kerana diri telah tiada dan yang ada hanya Dia. Tidakkah kita hendak mencapai ke tahap itu ataupun anda tidak merasa perlu untuk menuju kedaerah ketuhanan yang jauh lebih tinggi dari nafsu tubuh yang dibayangi syaitan. Tepuk dada, tanya selera, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Apapun, kita sebagai manausia sentiasa kalah dalam kehiduapan dan kemenangan hanyalah milik yang Maha Esa jua kerana kita hidup atas muka bumi ini hanya atas ehsanNya.
Diri (Nyawa/Roh/Sir) sentiasa berpuasa dan latihan berpuasa agar kita dapat mengalihkan kesedaran tubuh/nafsu kepada kesedaran ketuhanan/Roh/Nyawa yang tidak makan dan minum dan sentiasa suci, maha suci dari sebarang kekotoran dan kecelaan. Seperti turun dan naiknya nafas yang penuh dengan kasih dan sayang dari yang maha Esa kepada hamba-hambanya didalam mencari keredhaan dan akur tanpa ada rasa lapar dan dahaga.
Ini semua semenangnya selaras dengan latihan senaman qigong. Qigong adalah latihan pernafasan yang meletakkan kesedaran dan penguasaan diri yang haq keatas keberadaan/individu/kebendaan. Setiap pergerakan diselarikan dengan pernafasan dalam. Prinsip asas qigong menekankan keperluan chi untuk mengalir dengan lancar secara bebas didalam tubuh dengan baik. Kekurangan oksigen, ketegangan, fikiran negatif, dan kurang pergerakan boleh menyebabkan kebocoran (depeleted) chi dan mungkin membawa masalah kesihatan yang lebih kronik. Sangat penting untuk merasa hubungan emosi ke mana-mana bahagian tubuh kita dan mempunyai fikiran mencintai dan menerima diri kita sendiri seadanya. Tukarkan perasaan sedih/negatif itu dan fokuskan/niat/doakan untuk kesihatan tubuh badan (sihat dan kuat). Disinilah kekuatan iman seseorang diukur dengan keyakinan pada Sang Pencipta diatas niat, afirmasi dan doa yang dilafazkan. InsyaAllah dengan cara begini dapat menghidupkan kembali getaran pada setiap penjuru badan agar sihat dan kuat.
Selalulah amalkan baihui tarik nafas dan yunchuen menghembus nafas, gambarkan emosi/tenaga negatif yang bersarang di badan keluar ke yunchuen(tapak kaki). Apabila anda telah selesai maka berehat dan tarik nafas. Gambarkan seluruh badan anda deflating (menguncup) seperti belon dan bayangkan emosi negatif dilepaskan daripada seluruh badan anda. Berehat sepenuhnya dan bayangkan seluruh badan anda mengisi kembali dengan cahaya putih terang dan bayangkan emosi positif dengan kasih sayang illahi yang tumbuh di setiap penjuru badan berkembang dengan kelembutan.
Senaman
Qi Gong Hidayah menggabungkan pergerakan mudah dengan pernafasan dan
visualizations (makrifat) untuk meningkatkan aliran chi, qi, tenaga,
oksigen dan darah kepada seluruh badan untuk meningkatkan kesihatan
mereka. Dengan melakukan latihan Qigong Hidayah, anda akan dapat
mengerakkan emosi/tenaga negatif daripada badan anda dengan cara yang
lembut dan sihat sambil memberi penghormatan dan redha kepada apa yang
telah ditakdirkan. InsyaAllah..
Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Memandu di jalan Raya.